May 23rd, 2018

Setiap kali tibanya bulan Ramadhan, ramai antara kita mengambil peluang untuk berniaga dan menambah pendapatan untuk menyambut Syawal termasuklah juga selebriti yang turut rajin mempromosikan pelbagai produk yang mereka jual.

Pelakon Que Haidar juga tidak melepaskan peluang untuk aktif berniaga dan memilih untuk menjual baju Melayu jenama The Haidars.

Walaubagaimanapun, ada yang tidak berpuas hati dengan harga baju tersebut yang didakwa terlalu mahal sehingga mencecah harga RM380 sepasang. Melalui laman sosial Twitter, ada individu beranggapan Que sudah tidak laku dan mungkin itu salah satu sebab beliau menjual baju Melayu dengan harga yang agak keterlaluan.

Sedar isu tersebut sudah mendapat perhatian ramai, Que menerusi akaun Instagramnya menjawab kenyataan yang dibuat individu berkenaan.  Que turut menafikan  dakwaan dirinya tidak ada tawaran bekerja .

Sejujurnya kami tidak terkejut sekiranya baju yang dikeluarkan oleh selebriti boleh mencecah harga yang agak tinggi. Pilihan di tangan anda, bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri, kalau rasa mampu bolehlah beli dan kalau tidak, janganlah cuba menutup periuk nasi orang lain. Tidak salah luahkan pendapat asalkan dengan cara yang elok.


45 responses to “Que Haidar Jawab Dakwaan Jual Baju Melayu Mahal RM380 Sebab Tiada ‘Job’”

  1. anonymous says:

    taknak komen apa2 cuma nak cakap..muka Que Haidar ni bila dah tua nnt macam Ketua SPRM yang baru….tua2 tpi masih smart.

  2. Yekeni says:

    Exclusive dan limited…. limited maknanya apa tu? Maknanya you buat sikit takut tak terjual? Gini lah eh, kalau you buat sikit, production cost akan tinggi, berbanding kalau you buat berlambak. So, that cost is passed on to the consumers. Quality sama aje kot cuma cost berbeza kan?

    Exclusive mcm mana tu? Kain mahal? Butang baju mahal? Atau jenama label yg dijahit kat leher baju tu mahal? Exclusive coz of the name?

    Celebrities, kalau cuma nak amik kesempatan buat produk sikit2 untuk profit masa bulan nak raya ni, tak payahlah… all overpriced. All selling nama saja.. pembeli pun bodoh… asal ada tempek nama artis aje, maka berebut pergi beli…. tudung/ turban yg tak cukup kain untuk tutop leher pun berebut beli. Abis tu pakai, abis tu masih dosa jugak sebab tunjuk leher… tak faham aku level pemikiran manusia2 ni.

Loading...