August 14th, 2017

Perkembangan terkini dalam industri lakonan Malaysia, pelakon yang dianggap tidak berbakat atau ‘kayu’ dikatakan sering memegang watak utama dalam drama-drama popular dan memiliki ramai penonton.
Berbekalkan wajah kacak/jambu dan badan sasa pun sudah cukup untuk melayakkan pelakon-pelakon ini untuk memegang watak utama dalam drama-drama tertentu.


Pelakon Que Haidar baru-baru ini telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada para pelakon yang bersikap sambil lewa dalam menyempurnakan tugas sebagai pelakon. Kapsyen tersebut dimuat naik di akaun Instagram miliknya:

Sikap ambil mudah dan sambil lewa mereka, seolah-olah menghina aktor (dari segi lakonan/ pemilihan skrip/ pemilihan siapa yg ingin diangkat sebagai pelakon).

Saya sangat terasa terhina. Saya pernah mengupah jurulatih lakonan sendiri kerana pihak produksi tidak menyediakan jurulatih lakonan  menggunakan wang yang dibayar kepada saya dan saya juga pernah membuat persembahan monolog di rumah dan panggil rakan-rakan rapat menonton dan sekaligus bertukar pendapat tentang persembahan tersebut (skrip dan latihan sendiri).

Bagi saya, bila kita di set orang akan pandang kita sebagai pelakon profesional, nak belajar or bereksperimen dalam kelas, di set kita kena ‘JADI’. Tuan pengarah  tak ada masa nak ajar kita.

Begitulah seriusnya saya sebagai aktor, tolong tunjukkan sedikit rasa hormat, terutamanya pada kerja anda. JANGAN JADI SAMPAH/PELACUR DALAM INDUSTRI INI.
#aktor #anakseni #film #filem

Que sebelum ini ialah antara pelakon yang dilihat mengkritik mutu lakonan pelakon-pelakon baru dengan lantang.

Berikutan itu ada suara-suara yang mengatakan Que mengkritik pelakon-pelakon baru kerana cemburu dengan kelebihan-kelebihan yang diberi kepada mereka dan situasi ini tidak sama sewaktu Que mula mucul sebegai pelakon satu ketika dahulu.

Memberitahu mStar Online, dia bukanlah cemburu dengan mereka:

Tiada sedikit pun rasa cemburu atau iri hati dengan mereka-mereka ini (pelakon baharu), saya sangat sayangkan lakonan itu sendiri.

Jadi saya lihat kerja mereka ini seakan-akan mempermainkan dan memperlekehkan kerja seorang pelakon, saya sangat terasa, jadi saya rasa patut bersuara demi dunia lakonan itu sendiri dan industri kita.


Que juga berpendapat Seniman patut melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ‘pelakon kayu’.

Saya nak cadangkan pihak Seniman supaya senaraikan pelakon baharu yang kayu supaya wajib menghadiri kelas lakonan dalam masa setahun.

Selain itu, perlu ada sedikit garis panduan untuk stesen televisyen, penerbit dan pengarah yang sekarang ini kemaruk sangat dengan hanya memandang rupa paras dan pengikut laman sosial. Ini juga memberi peluang kepada mereka yang rasa diri kacak dan cantik tapi ‘kosong’ ini berilmu walaupun sedikit.

Siapakah sebenarnya dimaksudkan oleh Que? Jujurnya ramai juga pelakon kayu popular yang diperhatikan oleh penulis. Namun mungkin mereka bukannya tidak mahu memperbaiki diri, cuma mungkin ia mengambil masa. Anda rasa bagaimana? –beautifulnara.com


Comments are closed.

Loading...