Umum mengetahui bahawa saban hari bumi Syria dan Palestin diselubungi dengan keganasan dan kesengsaraan. Ramai juga artis daripada Malaysia yang menyuarakan mengenai hal ini supaya mendapat perhatian orang ramai.
Selebriti Que Haidar juga tidak terlepas daripada menggunakan laman Instagramnya untuk meluahkan mengenai masalah yang sudah berterusan sekian lama ini.
Walaubagaimanapun, ada sahaja netizen yang tidak berpuas hati dan meninggalkan komen buruk mengenai niat murninya itu. Kata individu itu, Que tidak cukup alim untuk menceritakan tentang kekejaman Israel.
View this post on Instagram
Manusia yg mcm ni pun ada.. adoi!! @noor1_8732 you want attention I give one ?
Individu tersebut mengkritik gaya hidup Que Haidar dan keluarganya yang lebih ke arah Barat dan baginya, lelaki tersebut tidak layak untuk berbicara soal agama.
Namun, pelakon lelaki itu tidak duduk diam dan membidas kembali cercaan itu. Katanya, ini bukanlah kerana agama tetapi disebabkan oleh hak asasi manusia yang dipijak-pijak.
View this post on Instagram
#humanrights #palestine #sedekah #doa #sumbanganikhlas #kemanusiaan #shared
Rata-rata pengikut di Instagram turut meminta Que Haidar supaya tidak mengendahkan individu tersebut dan meneruskan sahaja perjuangannya itu.