Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Qi Razali Akui Masih Ada Rasa Sayang Terhadap Nelydia Senrose

Meskipun mempunyai rencana untuk berkahwin sebelum  ini, percintaan Qi Razali dan Nelydia Senrose terputus di tengah jalan sekitar bulan Ogos tahun lepas.

Advertisement

Walaubagaimanapun, status sebenar hubungan  mereka kembali menjadi perhatian ramai dan mencetuskan tanda tanya apabila Qi dikatakan bercuti bersama Nelydia ke Koh Lipe, Thailand baru-baru ini.

Menerusi akhbar Harian Metro, Qi mengakui   hubungan beliau dan Nelydia sudah semakin pulih tetapi buat masa ini beliau enggan memberikan butiran lanjut mengenainya.

Selama ini kami tidak pernah bermusuh dan saya akan tetap menganggapnya  sebagai teman istimewaq sampai bila-bila. Apabila kami baik semula, tak terlintas di hati ini nak memberikan sebarang kenyataan.

Kalau nak tahu, beberapa hari selepas putus cinta kami ada keluar bersama. Kami tidak pernah menyembunyikan perkara itu. Cuma, kali ini kami mahukan sedikit privasi berbanding sebelumnya apabila kerap berkongsi kisah peribadi.

Advertisement

Buat Qi apa yang berlaku kepada beliau dan Nelydia adalah satu perkara normal. Percintaan mana yang tidak akan dilambung ombak dan badai bukan? Malah,  Qi menjelaskan beliau masih ada lagi rasa sayang terhadap Nelydia.

Bergaduh adalah perkara biasa.  Selepas itu proses memujuk pula dan ia adalah normal. Rasa sayang saya terhadapnya masih ada.

Kalau tidak bercinta pun, apa salahnya untuk menjadi kawan bukan? Kalau ada jodoh antara Qi dan Nelydia pasti satu hari nanti mereka akan bersama, jika sebaliknya maka cuba teruskan kehidupan masing-masing.

Sumber Berita: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama