Meskipun mempunyai rencana untuk berkahwin sebelum ini, percintaan Qi Razali dan Nelydia Senrose terputus di tengah jalan sekitar bulan Ogos tahun lepas.
Walaubagaimanapun, status sebenar hubungan  mereka kembali menjadi perhatian ramai dan mencetuskan tanda tanya apabila Qi dikatakan bercuti bersama Nelydia ke Koh Lipe, Thailand baru-baru ini.
Menerusi akhbar Harian Metro, Qi mengakui  hubungan beliau dan Nelydia sudah semakin pulih tetapi buat masa ini beliau enggan memberikan butiran lanjut mengenainya.
Selama ini kami tidak pernah bermusuh dan saya akan tetap menganggapnya sebagai teman istimewaq sampai bila-bila. Apabila kami baik semula, tak terlintas di hati ini nak memberikan sebarang kenyataan.
Kalau nak tahu, beberapa hari selepas putus cinta kami ada keluar bersama. Kami tidak pernah menyembunyikan perkara itu. Cuma, kali ini kami mahukan sedikit privasi berbanding sebelumnya apabila kerap berkongsi kisah peribadi.
Buat Qi apa yang berlaku kepada beliau dan Nelydia adalah satu perkara normal. Percintaan mana yang tidak akan dilambung ombak dan badai bukan? Malah, Qi menjelaskan beliau masih ada lagi rasa sayang terhadap Nelydia.
Bergaduh adalah perkara biasa. Selepas itu proses memujuk pula dan ia adalah normal. Rasa sayang saya terhadapnya masih ada.
Kalau tidak bercinta pun, apa salahnya untuk menjadi kawan bukan? Kalau ada jodoh antara Qi dan Nelydia pasti satu hari nanti mereka akan bersama, jika sebaliknya maka cuba teruskan kehidupan masing-masing.