Qatar Airways Hadiahkan 100,000 Tiket Percuma Sebagai Tanda Terima kasih Kepada Frontliners

Trending

Qatar Airways Hadiahkan 100,000 Tiket Percuma Sebagai Tanda Terima kasih Kepada Frontliners

Qatar Airways baru-baru ini mengumumkan pemberian 100,000 tiket percuma kepada petugas barisan hadapan di seluruh dunia bersempena Hari Jururawat Antarabangsa pada 12 Mei lalu. Pemberian ini adalah sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang telah diberikan sepanjang bertugas merawat pesakit COVID-19.

Syarikat penerbangan tersebut bersetuju untuk memberikan tiket penerbangan pergi dan balik secara percuma. Tawaran tersebut terbuka kepada yang layak bermula 12 Mei sehingga 18 Mei di laman web rasmi qatarairways.com/ThankYouMedics.

Advertisement

kru kabin Qatar Airways

Kerjaya penjagaan kesihatan ketika ini seharusnya diberi pengiktirafan yang sewajarnya kerana mereka sanggup bergadai nyawa untuk melindungi orang ramai daripada terus dijangkiti COVID-19.

Penerima kod promosi dibenarkan untuk menempah sehingga dua tiket pergi balik kelas ekonomi di kesemua penerbangan yang dikendalikan oleh Qatar Airways.

Akbar Al-Baker, Ketua Eksekutif Qatar Airways mengatakan pihaknya mengambil peluang seperti ini untuk menzahirkan ucapan penghargaan atas komitmen dan kerja keras semua petugas kesihatan barisan hadapan di seluruh dunia.

pesawat Qatar Airways

Para petugas kesihatan yang bertugas di barisan hadapan tidak hanya tertakluk kepada doktor sahaja. Jururawat, juruteknik makmal, penyelidik klinikal atau ahli farmasi dari seluruh negara layak untuk memohon tawaran istimewa ini.

Bagaimanapun, untuk memastikan permohonan dilakukan secara adil dan berjalan lancar, setiap negara bakal diperuntukan jumlah tiket berdasarkan jumlah populasi keseluruhan.

pesawat Qatar Airways

Promosi ini turut membolehkan penerima mendapat diskaun 35 peratus di mana-mana kedai Qatar Duty Free di hab syarikat penerbangan Hamad International Airport (HIA), Doha. Difahamkan, Qatar Airways akan kembali membuat jadual penerbangan tidak lama lagi setelah ditangguhkan beberapa bulan akibat penularan wabak COVID-19.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...