Qasrina Karim Mohon Maaf Pakai Tudung Nampak Rambut, Leher

Hiburan

Qasrina Karim Mohon Maaf Pakai Tudung Nampak Rambut, Leher

Pelakon Qasrina Karim tampil memohon maaf selepas menerima teguran berhubung penampilannya yang tidak menutup aurat sepenuhnya dalam sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh aktor Meerqeen baru-baru ini.

Qasrina, 29, mengakui kesilapan tersebut dan menjelaskan bahawa ketika video itu dirakam, dia sedang bersiap untuk menjalani penggambaran drama, termasuk dalam proses solekan.

Advertisement

Ketika itu (video dirakam) saya sedang bersiap, sedang ‘makeup’. Pada saya normal melonggarkan sedikit tudung sebab nak memudahkan proses ‘makeup’.

Namun, saya percaya itu bukan alasan untuk tidak perasan terdedahnya sedikit aurat saya.

Mengambil pengajaran daripada situasi tersebut, Qasrina turut menyatakan komitmennya untuk lebih peka terhadap penampilannya selepas ini.

Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang, terima kasih yang ambil berat dan titip nasihat.

Terdahulu, tular satu klip video pendek yang memperlihatkan pelakon itu hanya mengenakan selendang hitam, namun sebahagian leher dan rambutnya kelihatan terdedah. Perkara itu mengundang rasa kecewa dalam kalangan peminat yang menegur secara terbuka di ruangan komen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

idzham ismail
2025-07-11 13:34:58

"Harap Dapat Kifarah, Nak Curang Jangan Kahwin.." - Idzham Ismail Luah Rasa Lelah Galas Tanggungjawab Bapa Tunggal Seorang Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...