Tindakan dua pelakon muda, Qasrina Karim dan Erysha Emyra yang didakwa tidak lagi saling mengikuti di Instagram menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat yang mengikuti perjalanan persahabatan mereka sejak dahulu.
Perkara itu mula disedari peminat selepas tular sebuah video suntingan di TikTok yang memaparkan kompilasi gambar-gambar lama duo ini ketika mereka masih akrab dan sering bersama dalam pelbagai acara serta sesi santai.
Dalam video tersebut, terserlah momen mesra mereka dari berpegangan tangan, duduk bersebelahan hingga tertawa bersama sekali gus mengundang rasa rindu peminat terhadap keakraban yang pernah terjalin.
Tengok Erysha like poster Qass je dah happy gilerr. Kami masih ingat tawa korang dulu macam tak ada apa yang mampu pisahkan.
“Awak berdua pernah jadi ‘safe place’ satu sama lain, dan jadi kebahagiaan untuk kami yang melihat dari jauh. Sekarang, mungkin masa dan keadaan dah ubah banyak perkara,” tulis pemilik akaun TikTok berkenaan di ruangan kapsyen.
Meninjau ke bahagian komen, ramai netizen turut berkongsi rasa rindu dan berharap agar hubungan mereka kembali jernih seperti dahulu.
“Mungkin dah tak rapat macam dulu, tapi tak semestinya bergaduh. Kita doa yang baik-baik je,” ujar salah seorang pengguna.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Qasrina mahupun Erysha berhubung spekulasi tersebut. Namun, peminat kekal berharap agar mereka dapat kembali menjalinkan hubungan baik, walaupun sekadar dari jauh.
Kedua-dua pelakon ini pernah menjadi wajah kegemaran ramai dalam beberapa projek seni dan sering disebut sebagai ‘duo bestie’ dalam kalangan peminat industri hiburan tempatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.