Qari Kelantan dan Qariah Wilayah Persekutuan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2012

Trending

Qari Kelantan dan Qariah Wilayah Persekutuan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2012

Keputusan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2012 kali ke-55 bertemakan ‘Perpaduan Asas Perpaduan Ummah’ yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru dari 4 hingga 8 Jun 2012 (semalam). Upacara penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar.
Pemenang kategori Qari

Johan: Muhammad Anuar Ghazali (Kelantan), peratusan markah 93.66%

Advertisement

Naib Johan: Zul Hashimi Mohamed Yunus (Pahang), peratusan markah 87.99%

Tempat ketiga: Mohamad Raffe Ghalil Abas (Sabah), peratusan markah 86.68%

Pemenang kategori Qariah

Johan: Hajah Che Aminah Che Awang (Wilayah Persekutuan), peratusan markah 84.33%

Naib Johan: Nur Faten Izzati Rablin (Sabah), peratusan markah 79.00%

Tempat ketiga: Marziah Mohd Deli (Kedah), peratusan markah 78.67%

Johan Qari dan Qariah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM15000, piala iringan, pakej untuk menunaikan ibadat haji beserta cenderamata. Naib johan RM7000, pakej menunaikan ibadat haji dan cenderamata.

Pemenang tempat ketiga menerima RM5000 juga pakej menunaikan haji dan cenderamata. Manakala setiap peserta menerima hadiah sagu hati RM2000 dan cenderamata.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...