Qadejah ‘Pau’ Aliff Syukri Beli Jam Tangan Cartier, Netizen ‘Telan Air Liur’ Tengok Harga – “Dia Kerja Keras Buat Live Hari Hari”

Trending

Qadejah ‘Pau’ Aliff Syukri Beli Jam Tangan Cartier, Netizen ‘Telan Air Liur’ Tengok Harga – “Dia Kerja Keras Buat Live Hari Hari”

Anak gadis kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah mencuri perhatian apabila dia berkongsi tentang ‘misi’ untuk meminta bapanya membelikan jam tangan jenama mewah.

Menerusi TikTok, Qadejah yang mesra dengan panggilan Cess bertanya kepada netizen untuk lihat sama ada misinya itu akan berjaya atau tidak.

Advertisement

Korang rasa abah bagi tak kita beli jam Cartier. Nanti saya ‘pau’, berjaya ke tidak saya ‘pau’ ayah saya.

Cess dan Aliff Syukri

Cess kemudian berkongsi satu lagi video di TikTok dan memaklumkan dia telah berjaya meminta Aliff untuk membelikan jam tangan tersebut.

Rakaman itu memaparkan Cess membuat unboxing jam tangan Cartier tersebut bagaimanapun dia memilih untuk tidak memberitahu harga jam berkenaan.

@qadejah_terlajaklaris Replying to @Nisa BERJAYA PAU ABAH😝🫰 @Aliff Syukri Kamarzaman takpe nanti kita dah besar kita pau lagi yang gile gile #tolonghabiskanduitabah ♬ Sweat and Hustle – The Brazilians of Bossa Nova

Hantaran tersebut meraih perhatian netizen dan rata-ratanya terkejut apabila mereka mendapat tahu harga jam berkenaan yang dikatakan bernilai puluhan ribu.

Jam Cartier

Kebanyakan komen daripada netizen memuji Cess kerana rajin membantu bapanya menjalankan perniagaan dengan membuat ‘live’ hampir setiap hari bersama abangnya, Ammar Ahyan.

Sebelum mengakhiri video, Cess sempat menunjukkan jam tersebut setelah dipakai ditangannya dan turut berterima kasih kepada ibu bapa serta netizen yang sentiasa menyokong dengan membeli barangan dijual mereka.

komen netizen komen netizen komen netizen

2025-07-20 16:52:08

Resort Bonda Rozita Dapat Rating Hanya 4.5, Aliff Syukri Respon - "Sebelum Bercuti Buat Dulu Survey, Layak Atau Tidak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...