Putus Urat Dagu, Nur Nilam Kongsi ‘Derita’ Buang Silikon Kolagen Di Hidung

Hiburan

Putus Urat Dagu, Nur Nilam Kongsi ‘Derita’ Buang Silikon Kolagen Di Hidung

Isteri pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz, berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan hidungnya yang sedikit senget selepas menjalani prosedur pembedahan membuang silikon kolagen baru-baru ini.

Nur Nilam, 45, menjelaskan keadaan tersebut berlaku kerana prosedur mengikis tulang hidung asal ketika memasukkan silikon kolagen dilakukan secara pembedahan.

Advertisement

Sesiapa yang pakai silikon kolagen ni akan berfikir untuk buang. Nampak tak hidung akak, dah senget tau. Hari ni hampir seminggu buang semua.

Bila pakai silikon kolagen tak sama macam filler sekarang, boleh suntik untuk keluarkan. Zaman akak dulu bila suntik tak boleh dicairkan.

Menurutnya, sesiapa yang berniat untuk membuang silikon kolagen perlu melalui proses pembedahan yang melibatkan membuka, mengikis, dan membersihkan bahagian hidung yang terlibat, yang kemudiannya akan meninggalkan kesan kekal seperti hidung yang senget.

Selain itu, bahagian bawah dagunya juga dibedah untuk mengeluarkan silikon yang pernah dimasukkan sebelum ini.

Bawah dagu saya perlu ‘dibuka’ dalam dua ke tiga inci. Perasan tak sini (dagu) takkan normal balik. Ini benang yang akan dicabut balik.

Dagu akak tak rasa, bila dah potong urat putus. Jadi takkan rasalah. Seksa tak? Seksa sangat!

Meski ada yang mempertikaikan perkongsiannya dan menganggap ia sekadar ‘konten’, Nur Nilam tetap berpegang pada niatnya untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

Saya tak kisah pun korang cakap konten. Saya cuba menjalankan tanggungjawab akak sebagai muslimah baik, saya cubalah.

Bila kikis kolagen, akan kikis sekali dengan isi. Kita tengoklah lepas ni macam mana. Dalam dua minggu atau mungkin akan lamalah bengkak. Saya bukan tambah (silikon) atau buat, saya pergi buang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 weeks ago

"Masing-Masing Muka Macam Senduk, Peti Sejuk Tiga Pintu, Ada Hati Nak Kritik" - Dikecam Makan Ikan Pari Setelah Berpantang, Atikah Suhaime 'Amuk'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...