“Putus Tunang Dengan Aku Tak Dan Sebulan Hang Bertunang Lain? Hebat Permainan Hang”

Trending

“Putus Tunang Dengan Aku Tak Dan Sebulan Hang Bertunang Lain? Hebat Permainan Hang”

Seorang lelaki meluahkan rasa bengang di Facebook kerana bekas tunangnya enggan membayar hutang setelah membatalkan pertunangan hanya sembilan hari sebelum tarikh pernikahan. Apa yang menyedihkan, lelaki bernama Syafiq Azmi memberitahu, persiapan kenduri telah dibuat dan tetamu telah dijemput. Keputusan wanita itu menyebabkan Syafiq menanggung kerugian dan ahli keluarganya menanggung malu. Ikuti kisahnya:-

Batal Pertunangan Sembilan Hari Sebelum Perkahwinan Kerana Tiada Hati

Sekian lama aku diam akhirnya hari ni benteng kesabaran aku pecah.

Orang yang tak tau cerita mudah kata aku salah tapi depa tak tau puncanya dari sapa!

Seminggu nak kahwin tiba-tiba cakap tak mau kahwin. Katanya tak ada hati. Dah tak ada hati buat apa hang kejam aku nak bertunang la nak menikah awai? Untuk apa?

Aku bayar duit kutu hang bulan-bulan, bayar duit sewa rumah hang apa segala sebab aku niat nak jadikan hang halal untuk aku tapi ini yang aku dapat?

Bertunang lelaki lain selepas tak sampai sebulan putuskan pertunangan

Tak selamanya hang di atas. Putus tunang dengan aku tak dan sebulan hang bertunang dengan orang lain? Hebat permainan hang.

La ni aku tak mau tau hang nak melingkup ka apa ka. Aku dah cukup bersabar dengan hang dan bukannya aku tak minta cara baik bayar duit-duit aku tapi hang yang memaksa untuk aku viralkan muka hang.

Aku dah mesej dah minta ajak bincang luar dan dah bersabar tapi hang memilih jalan untuk block aku. Jadi harapnya lepas ni pandai la cari aku pula.

Laporan polis bakal menyusul lepas ni. Jangan lari lari dah ya. Sungai Petani tak besaq mana.

Minta sahabat-sahabat saya share kisah saya. Saya buat kebaikan tapi dibalas taik oleh perempuan ni. Nur Sya**** binti R****i.

Syafiq juga selepas itu memberitahu dia memviralkan wajah wanita itu kerana enggan menjelaskan hutang dan menyekat Syafiq di semua media sosial menyebabkan Syafiq tidak ada cara menuntut hutangnya.

Viral kerana enggan bayar hutang

Tujuan saya update status ni bukanlah untuk aibkan dia. Niat saya cuma nak cari dia sebab dia block saya di semua media sosial. Saya pi rumah dia tak da. Merata saya cari. Orang di sebelah pihak dia kata saya yang bersalah sedangkan terang lagi bersuluh perempuan tu yang ada orang lain.

Bayangkan lagi seminggu nak bernikah dia cakap cancel dia tak da hati. Lepas cancel semua dia bertunang dengan laki lain. Kalau tuan tuan di tempat saya apa yang tuan tuan rasa?

“Keluarga saya tanggung malu.”

Persiapan majlis semua dah siap. Keluarga saya tanggung malu. Kad kenduri dah edar semua.

Saya minta maaf kalau ada sapa-sapa terasa dengan status saya. Saya takkan delete status ni selagi saya tak dapat apa yang saya tuntut dari perempuan tu.

Saya ikat perut tak makan dok bayar hutang perempuan tu yang saya anggap bakal jadi bini saya. Saya buat semua tu sebab memang niat saya nak menghalalkan dia. Bukannya nak jadikan dia perempuan simpanan ka apa.

Tunang baru kata ingin settle hutang

Di sini saya sertakan sekali gambar tunang baru dia yang cakap pandai dengan saya kononnya nak tolong selesaikan hutang-hutang tunang dia.

Saya tak cakap tanpa bukti. Nah saya sertakan bukti-bukti.

Laporan polis bakal menyusul. Saya tunggu sampai hujung bulan 11. Kalau tak da apa apa tindakan saya akan fail saman malu.

 

Bukan saja nak aibkan

Bukan saja-saja aku nak aibkan sapa. Kalau betoi aku nak aib hari kenduri aku tu aku dah bole viral. Lagi 9 hari nak akad nikah tiba-tiba minta putus.

Pasai tu kalau aku nak viral pon dah bole viral dah. Ni sebab janji nak bayaq hutang lepas tu sampai tarikh yang dia janji dia block aku, tu yang aku viral tu.

“Nak kawen ada duit. Duit aku tak mau bayaq.”

Bukan sakit hati sebab dia nikah dengan orang lain. Ni sebab dia nak kawen ada duit. Duit aku tak mau bayaq. Lepas tu story Instagram ada Langkawi pulak hari ni. Terbakaq hati saya tuan.
#trimakasihuntukyangpaham #sayabukanjahat #heroharustenang

Advertisement

Diharap Syafiq bersabar dengan dugaan yang menimpa. Apa pun, buat wanita tersebut, bukan saja saudari mempermainkan perasaan orang, sekurang-kurangnya bayarlah hutang anda. Barulah berkat pertunangan dengan kekasih baru. Tak gitu? – amazingnara.com

Sumber: Syafiq Azmi

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...