Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Putus Tunang Atau Tidak Hanya Diketahui Selepas Keputusan Kes Khalwat Diketahui – Ibu Shahz Jaszle

Kalau hari ini Berita Harian melaporkan yang Shahz Jaszle dan Redzwani Puteri telah putus ikatan pertunangan, mStar Online telah berjaya menghubungi ibu merangkap pengurus Shahz yang lebih dikenali sebagai Saleha, 68, yang mempertahankan bahawa pertunangan mereka masih belum putus.

Shah dan Redzwani masih lagi dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal.

Advertisement

Keluarga kedua-dua pihak memang ada berbincang mengenai kemelut yang terjadi tetapi pihak lelaki belum memulangkan cincin pertunangan sebagaimana yang dilaporkan.

Kedua-dua belah pihak juga sudah bersepakat untuk menentukan keputusan pertunangan mereka sama ada hendak diputuskan atau tidak selepas kes selesai.

Menurut Zaleha lagi, dia berbangga kerana Redzwani masih berada di sisi anaknya pada saat ini dan masih memberi sokongan moral. Zaleha yang juga berada di pertemuan Shahz Jaszle dengan Farah Nurizzati Salleh yang ditangkap khalwat dengan anaknya itu semalam juga menambah, keputusan yang telah dicapai dari pertemuan itu ialah Shahz tidak mahu dikaitkan dengan Farah lagi.

Beliau turut memberikan pendapat tentang wakil keluarga Redzwani yang memberi pengesahan pertunangan mereka telah putus kepada Berita Harian:-

Saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak ketiga tampil untuk buat kenyataan yang merumitkan keadaan kerana ia secara tidak langsung mengaibkan diri sendiri dan keluarga masing-masing.

Begitu pula ceritanya, patutlah pelik sangat. Rupanya pihak ketiga memberikan kenyataan tanpa merujuk kepada ibu bapa Shahz dan Redzwani terlebih dahulu? Siapa pula yang akan tampil memberikan kenyataan selepas ini?

Kalau betul kata ibu Shahz, keputusan hanya akan diketahui pada November, apabila mahkamah mengumumkan keputusan perbicaraan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama