Pelakon dan juga pensohor media sosial, Zarina Anjoulie baru-baru ini ada memberi bayangan bahawa hubungan pertunangannya bersama seorang lelaki bergelar Datuk telah putus di tengah jalan.
Perkara itu ditonjolkan Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju ini di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Zarina juga menulis kapsyen berbaur kekecewaan sekaligus menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka berdua sudah tidak berjodohan.
View this post on Instagram
Broken (hancur hati) tapi masih bertahan.
Dia juga dilihat memakai busana hitam yang seksi di mana telah menampakkan bahagian dada dan paha sambil mengenakan gincu di bibir.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dan pengikut aktres itu tampil menzahirkan perasaan simpati di atas berita sedih mengenai putus tunang tersebut.
Namun, ada juga yang mengkritik cara pemakaian Anju yang dilihat terlalu seksi malah menyalahkan ia sebagai penghalang untuk mendapat jodoh.
Kata netizen, Anju mungkin perlu berpakaian setaraf dengan umur dan juga ibu tunggal, bukannya seksi sehingga ‘menyeksa’ mata mereka yang melihatnya!