Patah tumbuh hilang berganti. Cinta yang berlalu pergi janganlah dikenang. Hati yang dilukai hanya mampu diubati dengan mencari cinta baharu. Amboi. Pepagi Isnin ini romantik pulak Abang Nara. Bukan apa, setelah putus cinta dengan Romie, Hanez Suraya dikhabarkan kini sedang bercinta dengan seorang ‘pilot’. Tidak diketahui tahap mana perhubungan mereka, mungkin masih mengenali hati budi, namun kedua-duanya nampak sama cantik dan sama padan.
Mungkin juga mereka sekadar kawan biasa. Tak ada pula nampak aksi mesra di dalam gambar-gambar mereka berdua. Nampak hubungan mereka lebih kepada sahabat, bukannya pasangan kekasih. Namun siapa tahu kan? Kalau bercinta pun tak ada salahnya. Yang penting jangan suami orang. Kang tak pasal-pasal episod duka berulang kembali.
Jika benar mereka berdua sedang mengenali hati budi masing-masing, semoga hubungan ini akan berakhir dengan penyudah yang gembira buat Hanez dan si ‘pilot’. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber portal Murai.
P.S: Lukisan yang dihasilkan dengan tayar basikal. Awesome!!!