Putus Dengan Qi Razali, Nia Atasha Akui Belum Sedia Bercinta Lagi

Hiburan

Putus Dengan Qi Razali, Nia Atasha Akui Belum Sedia Bercinta Lagi

Merasakan sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerjaya dahulu, model dan pelakon Nia Atasha akui mahu mahu berehat seketika dari memikirkan soal cinta selepas putus dengan pelakon Qi Razali pada sekitar awal tahun ini.

Nia Atasha Akui Belum Sedia Bercinta Lagi

Advertisement

Menurut Nia, beliau memerlukan masa untuk “move on” kerana Qi merupakan lelaki yang paling lama menjalinkan hubungan dengannya.

“Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk saya menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya dan melupakan seketika hasrat untuk bercinta dengan mana-mana lelaki.”

Untuk rekod, Qi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama pelakon ini.

Nia Atasha Akui Belum Sedia Bercinta Lagi

Bagaimanapun, Qi dikhabarkan mahu Nia menumpukan perhatian dalam bidang pengacaraan terlebih dahulu dan mengejar impiannya dam menceburi diri dalam bidang seni.

Namun, ikatan cinta yang dibina beberapa tahun ini bagai musnah apabila Nia sebelum ini telah  mengesahkan hubungan cintanya bersama Qi telah berakhir dan menemui titik noktah.

Nia Atasha Akui Belum Sedia Bercinta Lagi

Namun kedua-duanya sehingga kini memilih untuk meneruskan persahabatan sebagai rakan baik tanpa menyimpan sebarang hasat dengki sesama sendiri. Pun begitu, punca perpisahan ini masih belum diketahui.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...