Pelakon Putri  Mardiana dan kekasihnya Shahrizam Abdullah ataupun lebih dikenali sebagai E -Jump sekali lagi telah ditangkap basah pada awal Sabtu pagi.
Mereka telah ditangkap berkhalwat di kediaman isteri kepada E-Jump, Nor Hasni Md. Hashim pada jam 4 pagi di USJ 1, Subang Jaya. Nor Hasni juga telah mengesahkan berita penangkapan tersebut walaupun beliau tidak ingin memberikan komen lanjut mengenainya.
Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah.
Sebelum ini, Putri Mardiana dan kekasihnya itu pernah ditangkap khalwat di sebuah kondo do Ukay Perdana. Namun, pelakon tersebut mendakwa E-Jump hanya sekadar singgah untuk melepaskan dahaga selepas menghantar beliau ke rumah dan tidak melakukan sebarang perkara tidak senonoh.
Sudah dua kali pasangan ini ditangkap berdua-duaan, mungkin kali pertama mereka boleh memberikan alasan sekadar singgah untuk minum air, apa pula alasan untuk penangkapan kali kedua ini? Apatah lagi mereka di cekup di kediaman isteri E-Jump. Aduh, tidak dapat kami bayangkan betapa hancurnya hati seorang isteri meskipun kes cerai mereka belum selesai.