Antara Putri Mardiana dan JAIS, salah seorang daripada mereka sedang bercakap benar. Mana tidaknya, untuk kes yang sama, Putri Mardiana memaklumkan yang kes khalwat membabitkan dirinya telah selesai sementara pihak JAIS pula memberitahu yang siasatan lanjut akan dijalankan. Menurut Putri Mardiana, kes tersebut tidak akan dibawa ke JAIS atau mahkamah namun menurut pihak JAIS, siasatan lanjut akan diadakan hari ini di mana Putri Mardiana diminta hadir ke pejabat JAIS.
Putri Mardiana juga bercakap panjang lebar mengenai kes khalwatnya yang dikatakan berpunca daripada sikap dengki bekas teman lelakinya. Malah Putri Mardiana juga enggan memikirkan komen-komen negatif daripada orang ramai mengenai kes khalwatnya. Ini ialah kata-kata yang dikeluarkan oleh Putri Mardiana:-
Semuanya telah pun selesai kerana semasa kejadian di rumah, tiada apa-apa yang berlaku di antara kami. Kes berkenaan juga tidak akan dibawa ke Jais atau pun mahkamah.
Saya tidak akan panjangkan perkara itu kerana rasanya meraka sudah berpuas hati dapat memalukan saya seperti itu. Tiada gunanya hendak membalas dendam kerana apabila mereka letih nanti mereka akan diam sendiri.
Biasalah mulut orang dan saya tidak mampu melakukan apa-apa untuk menghentikan daripada mereka terus bercakap perkara buruk tentang saya. Paling penting saya dan keluarga tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku dan ia sudah memadai
Sementara itu ini kata-kata pihak JAIS yang mengesahkan bahawa kes ini akan ditentukan oleh mahkamah.
Bersalah atau tidak itu mahkamah yang akan tentukan malah dia sebenarnya diarahkan untuk hadir ke Jais pada hari Rabu (hari ini) untuk siasatan lanjut
Sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini. Tak sabar rasanya nak tahu pihak mana yang bercakap benar dan pihak mana yang berbohong. Apa kata anda?