Portal Astro Gempak hari ini telah mendedahkan identiti pelakon janda anak 3 yang telah ditangkap khalwat semalam. Pelakon tersebut tidak lain tidak bukan ialah Putri Mardiana Zainal Abidin dan dia dicekup bersama seorang suami orang yang dikenali sebagai Shahrizam Abdullah dan dipercayai mula berkenalan sejak setahun yang lalu. Shahrizam yang dikenali dengan nama Ejump mempunyai seorang anak perempuan berusia 2 tahun.
Untuk makluman, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram kira-kira jam 3.23 pagi Ahad di kediaman pelakon tersebut di sebuah kondo di Ukay Perdana. Sumber yang menghantar informasi kepada Astro Gempak turut melahirkan rasa kekesalannya kerana Putri Mardina pernah menjadi seorang isteri dan merupakan seorang ibu namun masih mempunyai hubungan terlarang dengan suami orang.
Agak menyedihkan perkara seperti ini terjadi lebih-lebih lagi kepada pelakon yang sepatutnya menjadi role model kepada masyarakat di luar sana. Sebelum anda cakap ini berita yang mengaibkan dan tak wajar disebarkan, sepatutnya mereka yang terlibat berfikir terlebih dahulu sebelum berkhalwat yang sememangnya mengaibkan dan dilarang dalam agama kita. Bila buat jahat tak ada pulak nak fikir malu atau aib. Dah kantoi nie baru sedar erti kemaluan. t Apa kejadahnya? Sumber Astro Gempak.
P.S: Yeah~~~ Muzikal Mamma Mia! akhirnya tiba di Malaysia. Tahukah anda yang muzikal ini hanya dipersembahkan 7 kali di seluruh dunia? Jadi inilah peluang anda untuk merasai sendiri kehebat muzikal yang memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dapatkan tiket-tiket anda di www.ticketspeople.com sebelum terlambat. Ia pasti akan menjadi satu pengalaman yang tak dapat anda lupakan.