Putri Mardiana Berbohong, Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri

Hiburan

Putri Mardiana Berbohong, Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri

Kalau semalam Putri Mardiana memaklumkan yang kekasihnya, Ejump telah pun menceraikan isterinya di mahkamah semalam. Namun menerusi makluman terbaru yang Abang Nara terima iaitu daripada orang terdekat kepada isteri Ejump sendiri, kes penceraian mereka masih lagi berlangsung dan ia hanya akan dibicarakan pada bulan 2 tahun hadapan. Ini bermakna Ejump masih lagi berstatus seorang suami sekaligus menimbulkan persoalan mengenai perancangan berkahwin pada tahun hadapan seperti yang diwar-warkan oleh Putri Mardiana.

hasni

Advertisement

Menariknya isteri kepada Ejump sendiri turut sama memuatnaik status yang menyatakan kes penceraiannya masih lagi berlangsung dan belum selesai seperti yang dikatakan oleh Putri Mardiana.

hasni

Kepada Ejump, lepaskanlah sahaja isteri anda secepat mungkin. Tak perlu nak dera mental, fizikal dan emosi seorang isteri dan ibu. Kalau dah tak suka dan dah ada pengganti, tunggu apa lagi? Janganlah diperkotak-katikkan hak seorang wanita. Kesian pulak Abang Nara tengok nasib yang menimpa isteri anda. Semoga cepat-cepat ada jalan penyelesaian. Sumber Astro Gempak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...