Puteri Sarah Tegur Wanita Warga Indonesia, Persoal Andy Arsyil Pilih Janda – “Wanita Bujang Itu Lebih Suci, Tak Pernah Disentuh”

Hiburan

Puteri Sarah Tegur Wanita Warga Indonesia, Persoal Andy Arsyil Pilih Janda – “Wanita Bujang Itu Lebih Suci, Tak Pernah Disentuh”

Pelakon Puteri Sarah Liyana memberi teguran kepada seorang wanita warga Indonesia yang mengeluarkan kata-kata berbaur hinaan tentang status janda.

Menerusi Threads, Sarah mengingatkan individu bernama Nabila tersebut tentang adab yang perlu ada dalam diri setiap manusia.

Advertisement

Jadi manusia harus ada adab ya. Jangan jadi manusia kurang diajar. Orang Malaysia, orang Indonesia semua serumpun.

 

View on Threads

 

Difahamkan, wanita berkenaan ada menulis komen dan mempersoal aktor Indonesia, Andi Arsyil yang menjalinkan hubungan cinta bersama wanita berstatus janda.

Malah, wanita terbabit turut menyatakan bahawa wanita bujang itu lebih ‘suci’ daripada mana-mana wanita yang pernah berkahwin.

Bujang dapat janda anak dua. Seharusnya lebih baik bernikah dengan yang bujang juga bang Andy Arsyil. Wanita bujang muslimah itu suci, tak pernah disentuh sebelum dihalalkan.

komen netizen Indonesia

Puteri Sarah dan Andy Arsyil

Hantaran itu meraih perhatian warganet dan rata-ratanya menyelar kata-kata wanita berkenaan yang disifatkan kurang ajar kerana menghina wanita berstatus ibu tunggal.

Sesetengah netizen mencadangkan kepada Sarah untuk abaikan sahaja komen-komen negatif seperti yang ditulis wanita Indonesia berkenaan.

Kita ni jadi perempuan jangan hina seorang ibu tunggal. Apatah lagi ibu tunggal tu strunggle cari duit dengan cara yang halal untuk besarkan anak.

komen netizen komen netizen komen netizen

hantaran Puteri Sarah sebak
2025-09-22 11:25:06

Hantaran Puteri Sarah Tentang Anak-Anak Undang Sebak - "Satu Hari Nanti Saya Mahu Mereka Kata..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...