Puteri Sarah Syukur Negara Ada Undang-Undang – “Kalau Tak Mungkin Saya Akan Terus Dilanyak”

Hiburan

Puteri Sarah Syukur Negara Ada Undang-Undang – “Kalau Tak Mungkin Saya Akan Terus Dilanyak”

Sebelum ini, bapa kepada Ira Kazar iaitu pelakon, Kazar akhirnya membuka mulut mengenai isu anak perempuannya menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof.

Menurut Kazar, dia tidak boleh berkata apa-apa namun mengharapkan kesemua pihak berdamai kerana menganggap isu tersebut bukanlah masalah yang besar.

Advertisement

Bagaimanapun, Puteri Sarah menegaskan pihaknya tidak akan menarik balik dakwaan dan akan meneruskan sehingga perbicaraan pada Ogos tahun hadapan.

Perintah injuksi interim tetap berjalan. Kalau ada orang langgar saja perintah itu, memang kena. Alhamdulillah saya rasa saya dilindungi.

Syukur negara kita ada undang-undang sebab kalau tak mungkin saya akan berterusan dilanyak.

Menurut pelakon berusia 36 tahun itu, biarpun tarikh perbicaraan agak lambat namun dia tetap boleh meneruskan kehidupan seperti biasa selain mengakui dirinya kini lebih tenang dan fokus terhadap kerjaya.

Saya okay saja sebab saya tak bersalah. Kalau 2 tahun lepas awak tanya, memang saya akan sibukkan diri supaya tak fikir pasal masalah ni.

Dalam pada itu, Puteri Sarah memaklumkan dia juga tidak mahu menolak tawaran berlakon gara-gara isu ini selain turut berkata rezekinya semakin murah kerana menerima banyak tawaran ‘review’ produk.

Kalau tak kerja, saya luangkan masa dengan anak-anak. Itulah kebahagiaan saya sekarang. Kalau orang tanya adakah kebahagiaan saya berkaitan dengan suami, itu kita tengok macam mana nanti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Patutnya Tak Boleh Babitkan Nama Saya Dalam Media Sosial" - Ahli Keluarga Ira Kazar Terima Notis Peguam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...