Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Puteri Sarah Serahkan Soal Cahaya Mata Kepada Rezeki

Dua tahun mendirikan rumah tangga bersama pengarah terkenal Syamsul Yusof, persoalan tentang zuriat sering ditanyakan kepada Puteri Sarah, lebih-lebih lagi selepas adik iparnya Syafiq Yusof  kini sudah mempunyai cahaya mata.

Advertisement

Mengakui tertekan dengan soalan tersebut sebelum ini, Puteri Sarah bagaimanapun sudah mula lali ketika disoal tentang zuriat.

Memanglah teringin tapi belum rezeki. Mac depan saya dan Syamsul sudah genap dua tahun sebagai suami isteri. Kalau boleh saya ingin berita gembira itu tetapi seperti yang saya kata, semuanya adalah rezeki.

Bakal menunaikan umrah buat kali ketiga pada bulan Mac depan, Puteri Sarah dan Syamsul akan  terus berdoa untuk diberikan peluang menjadi ibu dan bapa.

Rezeki untuk mendapatkan cahaya mata semuanya ketentuan Allah SWT. Pedulikan soalan daripada orang ramai apa yang penting teruskan berusaha dan berdoa.

Sumber Berita: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top