Dua tahun mendirikan rumah tangga bersama pengarah terkenal Syamsul Yusof, persoalan tentang zuriat sering ditanyakan kepada Puteri Sarah, lebih-lebih lagi selepas adik iparnya Syafiq Yusof kini sudah mempunyai cahaya mata.
Mengakui tertekan dengan soalan tersebut sebelum ini, Puteri Sarah bagaimanapun sudah mula lali ketika disoal tentang zuriat.
Memanglah teringin tapi belum rezeki. Mac depan saya dan Syamsul sudah genap dua tahun sebagai suami isteri. Kalau boleh saya ingin berita gembira itu tetapi seperti yang saya kata, semuanya adalah rezeki.
Bakal menunaikan umrah buat kali ketiga pada bulan Mac depan, Puteri Sarah dan Syamsul akan terus berdoa untuk diberikan peluang menjadi ibu dan bapa.
Rezeki untuk mendapatkan cahaya mata semuanya ketentuan Allah SWT. Pedulikan soalan daripada orang ramai apa yang penting teruskan berusaha dan berdoa.