Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof, Puteri Sarah dan Ira Kazar masih hangat dibicarakan dan ramai yang membahaskan pendapat masing-masing tentang hal tersebut.
Rata-ratanya meluahkan kemarahan mereka di media sosial terhadap Syamsul kerana tergamak menduakan isteri pertamanya itu.
Selain netizen, ada juga yang turut mengambil kesempatan ini untuk memberi pendapat mereka termasuklah para agamawan yang menyampaikan pandangan daripada sudut agama.
Ustaz Ahmad Dusuki turut terpanggil untuk memberi ulasan dan pandangannya berhubung permasalahan dan badai yang melanda rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul ini.
Tulisnya di Instagram, kekeluargaan yang mahu dibina perlulah dengan kelapangan dan bukan dengan kesempitan selain tidak membiarkan syaitan mengganggu perasaan.
Usah diikuti perasaan dan kemahuan syaitan yg inginkan kekeluargaan mukmin hancur berantakkan.”
Nasihatnya lagi, umat Islam perlu jadikan jalan kehidupan kekeluargaan Rasulullah sebagai panduan serta hentikan perasaan yang dirasai itu dengan berserah kepada Allah.
Hantaran tersebut meraih perhatian tuan empunya badan, Puteri Sarah yang kemudian memberikan responnya menerusi ruangan komen.
Ibu kepada dua anak itu mencadangkannya untuk berjumpa dengan Syamsul dan menasihati suaminya itu untuk meminta maaf dan bertanggungjawab.
Masalah itu datang dari dia. Why not ustaz call/DM Mohd Shamsul. Mana tau ustaz boleh bantukan.”
Ruangan komen tersebut dipenuhi dengan respon netizen yang rata-ratanya memihak kepada Puteri Sarah dan turut menyalahkan Syamsul dalam kemelut rumah tangga yang dilalui pasangan itu sekarang.