Puteri Sarah Nafi Cium, Akui Gigit Kekasih Hatinya, Ammar Alfian

Hiburan

Puteri Sarah Nafi Cium, Akui Gigit Kekasih Hatinya, Ammar Alfian

Abang Nara tak tahu mana satu yang lebih manja, gigit atau cium. Yang pasti, Ammar Alfian sungguh beruntung kerana mendapat gigitan manja di pipi daripada Puteri Sarah. Siap berbekas kerana menggunakan gincu merah lagi. Awesome!!!

puteri sarah liyana gigit ammar

Advertisement

Kontroversi ini timbul apabila pipi Ammar Alfian terdapat kesan gincu merah ketika mereka berdua menghadiri majlis pertandingan akhir Hero Remaja. Menurut Puteri Sarah, dia menggigit Ammar kerana diusik. Kata Puteri Sarah:-

Saya baru terbaca di laman Twitter tentang hal ini. Kalau nak tahu, saya bukannya mencium pipi Amar tetapi menggigitnya ketika majlis sedang berlangsung. Ketika itu dia mengusik saya, dan terus saya mengigigtnya. Kerana saya menggunakan gincu merah, itu yang ada kesan. Masa kejadian itu, di belakang saya ada beberapa orang. Saya tidak pasti sama ada mereka perasan atau pun tidak. Bayangkan jika ketika itu Amar datang seorang diri dengan penampilan sedemikian, pasti lain lagi ceritanya. Tambahan pula, mustahil untuk kami lakukan sedemikian rupa di luar sebelum hadir ke majlis. Dan benda yang terjadi itu di tempat khalayak, saya tidak tahu apa lagi yang mahu dicerita fasal kami.

Manja sungguh pasangan kekasih ini. Suka gigit menggigit. Mesti Puteri Sarah geram sangat dengan usikan Ammar. Itu yang digigitnya. Diharap Ammar selepas ini akan kurangkan kadar usikan yang dilakukan. Kang tak pasal-pasal satu badan pulak kena gigit. Hehehe.

P.S: Hasilkan bentuk muka dengan sticky notes.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...