Puteri Sarah Makin Kerap Berhubung Dengan Syamsul Lepas Cerai, Anak Pun Gembira – “Saya Nak Terus Rapatkan…”

Hiburan

Puteri Sarah Makin Kerap Berhubung Dengan Syamsul Lepas Cerai, Anak Pun Gembira – “Saya Nak Terus Rapatkan…”

Sejak sah bercerai pada 14 Julai yang lalu, Puteri Sarah Liyana akui hubungannya bersama bekas suami, Syamsul Yusof menjadi lebih baik.

1 year ago

"Bersama Keluargamu, Kau Di Puncak Kejayaan, Namun Kau Jatuh Ke Bumi Kerana Keluarga Itu" - Ibu Syamsul Yusof

Advertisement

Kata pelakon berusia 38 tahun itu, Syamsul kini lebih kerap meluangkan masa bersama dua anak mereka, Syaikhul dan Sumayyah.

Kedua-dua mereka juga kini kerap berbual dan berhubung untuk memberitahu perkembangan anak-anak.

Selepas apa yang berlaku, Syamsul lebih kerap berjumpa anak-anak. Saya melihat ia satu perkembangan yang baik dan tidak lagi seperti dulu.”

puteri sarah

Lebih membuatkan bersyukur apabila kedua anak mereka kini sangat gembira dan jelas Sarah dia mahu keadaan terus kekal sebegini.

Meskipun berlaku kemelut sebelum ini, Sarah berkata dia tidak menceritakan masalah yang berlaku di antara mereka berdua kepada anak-anak.

Biarlah mereka tahu secara natural. Anak-anak pun tidak terasa ketiadaan bapa sebab Syamsul selalu ada….”

syamsul yusof

Sarah dan Syamsul juga mencapai kata sepakat untuk tidak mengehadkan atau menetapkan tempoh masa berjumpa dengan anak-anak.

…Kalau boleh saya nak terus rapatkan hubungan Syamsul dan anak-anak.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...