September 30th, 2016

Pernah mengalami keguguran sebelum ini, isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof , Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa syukur kerana diberikan rezeki untuk hamil lagi.

Menurut Puteri Sarah, beliau teringin untuk menimang cahaya mata perempuan manakala Syamsul mahukan anak lelaki.

Alhamdulillah, saya sangat gembira dan tidak sangka rezeki (untuk hamil) datang lagi selepas dua tahun menanti, selain pernah mengalami keguguran.

Jika diikutkan, sudah tentu saya menginginkan anak perempuan, manakala suami pula mahukan zuriat lelaki. Nampaknya, kita sama-sama kena tunggu, nasib lebih menyebelahi siapa nanti? Apa yang lebih penting, anak kami nanti sihat walafiat.

Demi menjaga kandungannya, Puteri Sarah memberitahu beliau kini mengikut nasihat Syamsul untuk tidak bekerja ataupun aktif dalam mana-mana aktiviti. Malah, sudah lebih dua bulan beliau tidak mengunjungi butik muslimah miliknya.

Sudah dua bulan lebih saya tidak ke butik. Saya cuma ke sana apabila benar-benar perlu berbuat begitu. Saya ingin menjaga kandungan pada peringkat awal ini dengan sebaik-baiknya. Doakan semoga semuanya dipermudahkan.

Rezeki yang diberikan  Allah SWT kepada kita memang tidak dapat dijangka. Pernah dilanda ujian apabila keguguran sebelum ini, nyata kesabaran dan istiqamah Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof membuahkan hasil yang tidak ternilai.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...