Puteri Sarah Liyana Enggan Digelar ‘Janda Gatal’, Nak Fokus Kebahagiaan Anak-Anak

Hiburan

Puteri Sarah Liyana Enggan Digelar ‘Janda Gatal’, Nak Fokus Kebahagiaan Anak-Anak

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana menegaskan dia ingin memberi fokus kepada anak-anak dan tidak berminat untuk menjalinkan hubungan bersama mana-mana lelaki pada waktu ini.

Maklum Puteri Sarah, dia enggan berbuat demikian (mencari jodoh) kerana tidak mahu dilabel sebagai ‘janda gatal’.

Advertisement

Tegasnya lagi, dia sebenarnya tidak perlu membuat sebarang klasifikasi tentang cinta kerana ia hanya akan mendatangkan kesan negatif terhadap statusnya kini.

Kalau saya kata ada hubungan, nanti orang tuduh saya janda gatal pula.

Jadi adakah awak nak saya dilabel sebagai janda gatal dengan orang di luar? Itu bukannya awak peminat yang menjaga, tetapi lagi nak merosakkan saya.

Puteri Sarah memberikan respon sedemikian setelah ditanyakan peminat mengenai status hubungannya bersama pelakon Indonesia, Andi Arsyil.

Saya perlu jaga diri, kalau suka hati cakap atau tunjuk ada hubungan dengan seseorang, orang akan gelar saya janda gatal, gersang dan tak boleh hidup tanpa lelaki.

Jadi awak sebagai peminat, nak orang gelar saya begitu? Cuba letak diri awak di tempat saya yang memiliki dua anak. Kalau mereka tuduh saya macam tu, nanti anak-anak juga kena.

Mengimbas kembali, Puteri Sarah akhirnya bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof pada 14 Jun 2023 setelah mengalami beberapa episod kecurangan dan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Amir ahnaf nafi dirinya bercinta dengan wanita singapura
2 months ago

"Itu Bukan Saya, Kenapa Nak Salahkan Saya?" - Amir Ahnaf Akhirnya Bersuara Isu Foto Mesra, Bercinta Dengan Gadis Singapura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...