Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana mengaku dirinya berasa terkejut apabila menerima ucapan selamat pengantin baru daripada netizen ketika bersiaran langsung bersama peminat di TikTok.
Dia yang pada ketika itu sedang berada di luar negara kemudian menafikan dakwaan tersebut.
Difahamkan, ruangan komen media sosialnya dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh warga maya yang menyangkanya telah bernikah.
Kenapa selamat pengantin baru? Adakah awak semua masuk ke ‘live’ saya sebab ingat saya sudah kahwin?
Banyaknya khabar angin, mana suami saya? Hello suamiku, tak ada pun. Saya tak ada dekat Malaysia, macam-macam hal. Saya kahwin la, itu la ini la. Dahsyat betul. Saya pun tak tahu saya dah kahwin.
Malah, ada yang menyangka Puteri Sarah sudah bernikah kembali dengan bekas suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Netizen juga mendoakan agar ibu tunggal kepada dua orang anak itu mendapat jodoh yang baik.
@puterisarahliyana Alhamdulillah, we’re having fun here ??? #puterisarahliyana #arasyimalaysia
Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul Yusof pada 2014 namun bercerai pada 14 Jun 2023.
Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam,7, dan Sumayyah,5.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.