Sering diganggu oleh individu bernama Mastura di Instagram, Puteri Sarah Liyana sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia dilihat membalas kenyataan daripada individu itu.
Terbaru, ‘Mastura’ dilihat menuduh Puteri Sarah berpura-pura kerja keras meskipun diberikan nafkah berbelas ribu ringgit.
Dapat nafkah bebelas ribu pun konon-konon terpaling work hard
Aktres itu kemudian membalas komen jengkel individu itu dengan menyatakan wanita itu sudah ‘gila’ dan semakin menunjuk kegilaannya.
Sebelum ini, Puteri Sarah ada memaklumkan bahawa dia sering diganggu akaun fake bernama Mastura di mana individu itu sering saja meninggalkan komen makian dan kutukan setiap kali bekas isteri kepada Syamsul Yusof memuat naik sesuatu di media sosialnya.
Malah, Puteri Sarah juga memberitahu bahawa peminat telah ‘menjejak’ alamat IP akaun Instagram palsu itu dan mendapati ia terletak di Lembah Klang selain dapat mengagak siapakah individu di sebalik akaun tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.