January 15th, 2020

Kisah keperitan hidup Puteri Balqis yang viral baru-baru ini turut mendapat perhatian pelakon popular, Nabila Huda yang bersimpati dengan apa yang menimpa pelakon berbakat itu.

puteri balqis nabila huda

Bagaimanapun, pada masa yang sama Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil menerusi akaun Twitternya mempertikaikan peranan ibu bapa Puteri Balqis.

Mengapa membiarkan kanak-kanak yang sedang sakit kronik berjalan sekitar Kuala Lumpur untuk mencari sumber pendapatan, mengapa bukan ibu bapanya yang masih mampu untuk berjalan dan bercakap dengan sempurna untuk mencari kerja?

nabila huda puteri balqis

Tidak hanya berdiam diri, Puteri Balqis menerusi kenyataan di akaun Instagramnya tampil menjelaskan perkara sebenar. Dia turut meluahkan rasa kesal dengan kenyataan Abil apabila mempersoalkan tanggungjawab ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang membiarkannya menjual buku di jalanan.

Luahan isi hati Puteri Balqis

puteri balqis nabila huda puteri balqis nabila huda

puteri balqis nabila huda

Jelas Puteri Balqis, tindakannya untuk mengikut ibunya menjual buku di sekitar Kuala Lumpur adalah atas kehendak sendiri. Ibunya itu bukanlah seburuk yang disangka kerana wanita itu sudah banyak berkorban untuk membesarkannya dan menanggung segala kos rawatan ketika dia terlantar sakit.

Puteri Balqis nafi tuduhan ibu hisap dadah

puteri balqis nabila huda puteri balqis nabila huda puteri balqis peringatan nabila huda

Dalam pada itu, Puteri Balqis turut menafikan dakwaan ibunya seorang penagih dadah seperti yang dituduh oleh seorang individu dipercayai ahli keluarganya. Ia hanyalah satu fitnah semata-mata.

Ibunya kurus kerana tidak cukup tidur dan mengalami tekanan perasaan, berdepan dengan pelbagai masalah hidup termasuklah episod perceraian yang mengganggu emosinya.

puteri balqis nabila huda

Terdahulu, meskipun dilanda dugaan yang berat, Balqis berkata perubahan hidup secara tiba-tiba itu cukup indah kerana Tuhan tidak mahu mereka lupa diri. Dia tidak mengimpikan kehidupan mewah, cukup jika dapat bersama dengan ibu tersayang meneruskan hidup dan berharap agar dapat sembuh seperti sedia kala.


26 responses to “Puteri Balqis Jawab Persoalan, Berikan Peringatan ‘Deep’ Buat Nabila Huda”

  1. Anonymous says:

    Just curious sape yg tulis poem2 tu sbnya?

  2. Edisi Siasat says:

    Nabila atau mana2 artis yg rapat dgn family Balqis mesti tau mana pergi duit Balqis yg sememangnya banyak hasil dari income lakonan Balqis. Diorang ni (artis2) takdanya nak tuduh membabi buta. Mak Balqis tolong list out kan belanja perubatan. Ada berani?

  3. Anonymous says:

    Mana pulak mak Aqish tu malas. Kan dia yg jual buku2 Aqish tu. Korang tak baik kata kat mak dia.

  4. Anonymous says:

    alah senangnya nak mengata mak dia kan? korang aku sarankan pg cari bapak dia, kasi pelempang maut sekali. aqish memang nampak sihat. tapi dia tiba2 boleh pengsan dan muntah darah. sebab tu mak dia tak pernah tinggalkan. mak dia penah keje dulu, tapi bila tau anak dia tak sihat, berlari naik bas balik rumah. korang tau ke? pernah peduli ke? dlu kisah aqish ni dah penah keluar kat program yg ada aznil n fauziah latif tu masa raya. dari situ kitorg dah track aqish ni. tolong sikit2. kitorang pun x kaya sgt! tapi mak dia tak nak susahkan org. segan asik org tolong je. korang? melalak lebih, tolong tidak! yg nak kata, mak dia yg karang statement ni, no way.. aqish memang matang beyond her age. dan mak dia pulak vulnerable sgt.

  5. Anonymous says:

    Yup betul 2..

Loading...