Kisah keperitan hidup Puteri Balqis yang viral baru-baru ini turut mendapat perhatian pelakon popular, Nabila Huda yang bersimpati dengan apa yang menimpa pelakon berbakat itu.
Mengapa membiarkan kanak-kanak yang sedang sakit kronik berjalan sekitar Kuala Lumpur untuk mencari sumber pendapatan, mengapa bukan ibu bapanya yang masih mampu untuk berjalan dan bercakap dengan sempurna untuk mencari kerja?
Tidak hanya berdiam diri, Puteri Balqis menerusi kenyataan di akaun Instagramnya tampil menjelaskan perkara sebenar. Dia turut meluahkan rasa kesal dengan kenyataan Abil apabila mempersoalkan tanggungjawab ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang membiarkannya menjual buku di jalanan.
Luahan isi hati Puteri Balqis
Jelas Puteri Balqis, tindakannya untuk mengikut ibunya menjual buku di sekitar Kuala Lumpur adalah atas kehendak sendiri. Ibunya itu bukanlah seburuk yang disangka kerana wanita itu sudah banyak berkorban untuk membesarkannya dan menanggung segala kos rawatan ketika dia terlantar sakit.
Puteri Balqis nafi tuduhan ibu hisap dadah
Dalam pada itu, Puteri Balqis turut menafikan dakwaan ibunya seorang penagih dadah seperti yang dituduh oleh seorang individu dipercayai ahli keluarganya. Ia hanyalah satu fitnah semata-mata.
Ibunya kurus kerana tidak cukup tidur dan mengalami tekanan perasaan, berdepan dengan pelbagai masalah hidup termasuklah episod perceraian yang mengganggu emosinya.
Terdahulu, meskipun dilanda dugaan yang berat, Balqis berkata perubahan hidup secara tiba-tiba itu cukup indah kerana Tuhan tidak mahu mereka lupa diri. Dia tidak mengimpikan kehidupan mewah, cukup jika dapat bersama dengan ibu tersayang meneruskan hidup dan berharap agar dapat sembuh seperti sedia kala.

Anonymous
January 15, 2020 at 4:11 pm
aku jaga mak aku sorang je,lumpuh plak tu, tkboleh buat apa2, sebelum pegi keje aku bagi makan, pakai. waktu rehat aku balik rumah suap mak aku mkn n salin pampers dia, then pegi keje balik, aku buat semua selama 6 tahun. boleh je kalau nak usaha.
Anonymous
January 15, 2020 at 3:58 pm
Sapa yg pemalas?
AIDAH
January 15, 2020 at 3:42 pm
Sedih dgn nasib Aqish.. sepatutnya dibantu sekadar termampunya tanpa banyak persoalan.. cakap yg baik2.. doa yang baik2.. belajar ikhlas kan diri.. pesanan utk diri saya jg.. SEMOGA AQISH CEPAT SEMBUH & DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.
Anonymous
January 15, 2020 at 2:52 pm
Setuju 100%! Key word nya 1 je… PEMALAS! Mintak simpati org je dan ambik kesempatan… Sebab tula kat malaysia ni ramai peminta sedekah sebab diorang ni tau org malaysia mesti bagi punya kalau diminta… dulu waktu anak dia pakai bikini siap sound org jangan jaga tepi kain buat hal sendiri. skrg nak mintak dibantu pulak…
ROS
January 15, 2020 at 2:51 pm
Ada baik nya susah senang ni mengadu pada Allah swt saja. Minta bantuan dari sumber yg kita percayai, InsyaAllah dipermudahkan.
Kalau salah saluran mmg orang tunggu nak kecam saja