January 15th, 2020

Kisah keperitan hidup Puteri Balqis yang viral baru-baru ini turut mendapat perhatian pelakon popular, Nabila Huda yang bersimpati dengan apa yang menimpa pelakon berbakat itu.

puteri balqis nabila huda

Bagaimanapun, pada masa yang sama Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil menerusi akaun Twitternya mempertikaikan peranan ibu bapa Puteri Balqis.

Advertisement

Mengapa membiarkan kanak-kanak yang sedang sakit kronik berjalan sekitar Kuala Lumpur untuk mencari sumber pendapatan, mengapa bukan ibu bapanya yang masih mampu untuk berjalan dan bercakap dengan sempurna untuk mencari kerja?

nabila huda puteri balqis

Tidak hanya berdiam diri, Puteri Balqis menerusi kenyataan di akaun Instagramnya tampil menjelaskan perkara sebenar. Dia turut meluahkan rasa kesal dengan kenyataan Abil apabila mempersoalkan tanggungjawab ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang membiarkannya menjual buku di jalanan.

Luahan isi hati Puteri Balqis

puteri balqis nabila huda puteri balqis nabila huda

Advertisement

puteri balqis nabila huda

Jelas Puteri Balqis, tindakannya untuk mengikut ibunya menjual buku di sekitar Kuala Lumpur adalah atas kehendak sendiri. Ibunya itu bukanlah seburuk yang disangka kerana wanita itu sudah banyak berkorban untuk membesarkannya dan menanggung segala kos rawatan ketika dia terlantar sakit.

Puteri Balqis nafi tuduhan ibu hisap dadah

puteri balqis nabila huda puteri balqis nabila huda puteri balqis peringatan nabila huda

Dalam pada itu, Puteri Balqis turut menafikan dakwaan ibunya seorang penagih dadah seperti yang dituduh oleh seorang individu dipercayai ahli keluarganya. Ia hanyalah satu fitnah semata-mata.

Advertisement

Ibunya kurus kerana tidak cukup tidur dan mengalami tekanan perasaan, berdepan dengan pelbagai masalah hidup termasuklah episod perceraian yang mengganggu emosinya.

puteri balqis nabila huda

Terdahulu, meskipun dilanda dugaan yang berat, Balqis berkata perubahan hidup secara tiba-tiba itu cukup indah kerana Tuhan tidak mahu mereka lupa diri. Dia tidak mengimpikan kehidupan mewah, cukup jika dapat bersama dengan ibu tersayang meneruskan hidup dan berharap agar dapat sembuh seperti sedia kala.

Advertisement

26 responses to “Puteri Balqis Jawab Persoalan, Berikan Peringatan ‘Deep’ Buat Nabila Huda”

  1. tipahhhhh says:

    pada yg cakap, TAK BOLEH kerja sbb aqish sakit, nk gtau aqish tu bukan terlantar xboleh bergerak mkn bersuap yada2 tau. dia masih boleh gerak, n boleh uruskan diri.. so y not mak dia g kerja je? so atleast ada lah pendapatan nk mkn n rawatan.beli hp murah2 mak keje contact la anak sejam sekali ke.. ni jual buku merata, laku belum tentu kan? xle blah skolah nak british coucil, piano mandarin etc2.. g jela skolah gov, hosp. gov. ya aku setuju puteri still xmenjawab soalan nabila.

  2. Oo says:

    Apa juga penyakit putri..moga cepat sehat ye.

  3. acik bawang says:

    dah la netizen @ artis bash mak dia…kan dh koyak tu. tak pasal2 mak dia luahkan perasaan guna nama anak dia lg. tulis puisi tp jual guna nama anak. kang lps ni lg depressi mak dia.

  4. ss says:

    nampak sangat mak dia yang karang

  5. Zue says:

    Bapa puteri dah bercerai dengan mak dia, so puteri mak dia yg jaga.. Mgkin sbb puteri yg selalu sakit and selalu jatuh pengsan buat hati seorang ibu mcm dia xboleh nk tinggalkan ank dia duduk sorang2…cuma kita xtau kehidupan yg mereka lalui.. Baik kita perhatikan je dari jauh.. Mgkin ujian mereka mcm ni.. Ujian Kita belum tau mcm mana lagi..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...