January 15th, 2020

Kisah keperitan hidup Puteri Balqis yang viral baru-baru ini turut mendapat perhatian pelakon popular, Nabila Huda yang bersimpati dengan apa yang menimpa pelakon berbakat itu.

puteri balqis nabila huda

Bagaimanapun, pada masa yang sama Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil menerusi akaun Twitternya mempertikaikan peranan ibu bapa Puteri Balqis.

Mengapa membiarkan kanak-kanak yang sedang sakit kronik berjalan sekitar Kuala Lumpur untuk mencari sumber pendapatan, mengapa bukan ibu bapanya yang masih mampu untuk berjalan dan bercakap dengan sempurna untuk mencari kerja?

nabila huda puteri balqis

Tidak hanya berdiam diri, Puteri Balqis menerusi kenyataan di akaun Instagramnya tampil menjelaskan perkara sebenar. Dia turut meluahkan rasa kesal dengan kenyataan Abil apabila mempersoalkan tanggungjawab ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang membiarkannya menjual buku di jalanan.

Luahan isi hati Puteri Balqis

puteri balqis nabila huda puteri balqis nabila huda

puteri balqis nabila huda

Jelas Puteri Balqis, tindakannya untuk mengikut ibunya menjual buku di sekitar Kuala Lumpur adalah atas kehendak sendiri. Ibunya itu bukanlah seburuk yang disangka kerana wanita itu sudah banyak berkorban untuk membesarkannya dan menanggung segala kos rawatan ketika dia terlantar sakit.

Puteri Balqis nafi tuduhan ibu hisap dadah

puteri balqis nabila huda puteri balqis nabila huda puteri balqis peringatan nabila huda

Dalam pada itu, Puteri Balqis turut menafikan dakwaan ibunya seorang penagih dadah seperti yang dituduh oleh seorang individu dipercayai ahli keluarganya. Ia hanyalah satu fitnah semata-mata.

Ibunya kurus kerana tidak cukup tidur dan mengalami tekanan perasaan, berdepan dengan pelbagai masalah hidup termasuklah episod perceraian yang mengganggu emosinya.

puteri balqis nabila huda

Terdahulu, meskipun dilanda dugaan yang berat, Balqis berkata perubahan hidup secara tiba-tiba itu cukup indah kerana Tuhan tidak mahu mereka lupa diri. Dia tidak mengimpikan kehidupan mewah, cukup jika dapat bersama dengan ibu tersayang meneruskan hidup dan berharap agar dapat sembuh seperti sedia kala.


26 responses to “Puteri Balqis Jawab Persoalan, Berikan Peringatan ‘Deep’ Buat Nabila Huda”

  1. Princess says:

    PANDAI CAKAP SAJA TAK GUNA.

  2. boboi says:

    itsme…sy pun pernah jaga orang tua sakit but in the same time still kena kerja sebab mak sy tanggung. nk harap adik beradik berapa la sgt. masing2 ada masalah sendiri ada keluarga sendiri. orang tua nk jaga lg susah, nk gerak sgt tak lrt, nk suap mknn terketaq2, nk kena tgk mkn ubat on time. nk siapkan keperluan lps tu rushing nk pergi kerja. lmbt kg tak fair kt orang lain, cuti jgn ckp la…sebulan 3 kali, nasib baik bos phm..kesian kt org susah. tp hati kena kental, sy percaya ramai lg yg jaga org sakit sampai berhabis duit. alhamdullilah dpt adik beradik baik. bila mak sakit hubungan jd makin akrab, makin kuat. masing2 phm peranan masing2. memang penat tp kena la sabar, kena kuat dan jgn putus asa. org tak tolong tak pe yg penting kita yg sihat kena kuatkan semangat.

  3. feldegast says:

    Sah2 mak yang tulis ni. Soalan yang sama, kenapa mak tak mau kerja ye? Kalau ikutkan Puteri ni dah boleh ditinggalkan/minta jiran tengok supaya mak ni boleh kerja. Albaniah pun boleh jadi cleaner.

  4. marah pulak aku says:

    weh nana. ko kt tmpat mak si puteri tu ke? dah penah hadap segala masalah n telan smuanye? bdepan dgn org ramai n klauarge sndri yg xabes2 dok salahkan kluarge si puteri? ko pnah di tempat dorg tak?? klu tak tau ko blh zip mulut ko yg busuk tu! to nabila huda. ko pnah becerai dan punya sorg anak dan nasib ko sungguh baik masih diterima dlm industri utk ko trus blakon. jdi jgn pesoalkan rezeki org lain!!!

  5. concern says:

    rasanya mcm mak dia je yg tulis semua ni… hmmm… ye mcm x mnjawab soalan Abil dan lebeh mcm nak bela diri

Loading...