Pelakon berbakat Puteri Balqis akhirnya tampil memberi penjelasan selepas menerima pelbagai kecaman dan tuduhan tidak berasas susulan kemunculan dua lelaki yang sering dilihat bersamanya di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun rasminya pada Rabu, Balqis atau lebih mesra disapa Aqish menjelaskan bahawa dua jejaka berkenaan tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengannya.
Saya perkenalkan Faris, ini bapa tiri saya tetapi saya tak suka panggil dia bapa tiri. Dia adalah figura yang melangkah ke hadapan sebagai seorang bapa.
Ini pula Didi, dia adalah tunang saya. Mereka berdua tiada pertalian darah, hanya memiliki rupa yang hampir sama, rambut yang hampir sama, vibe dan juga personaliti yang sama.
Balqis turut mendedahkan bahawa dia dan ibunya menjadi sasaran pelbagai komen serta mesej berbaur fitnah, termasuk tuduhan tidak masuk akal kononnya mereka menjalinkan hubungan terlarang.
Saya menerima terlalu banyak mesej (DM) dan komen negatif yang menyerang ibu saya, ada yang kata tak normal, mata merah dan sebagainya.
Mengulas lanjut, Balqis memaklumkan bahawa Faris telah lama menjadi rakan baik kepada ibunya sebelum hubungan itu beralih ke fasa lebih serius.
Faris sebenarnya adalah kawan baik ibu dan juga saya selama lapan tahun. Bermula dengan menjadi kawan baik dan kemudiannya bertukar status menjadi suami kepada ibu saya.
Saya perlu mengatakan ini kepada Faris Apak (panggilan), saya respek Apak, terima kasih.
Penjelasan itu sekali gus menjawab segala spekulasi dan salah faham yang timbul di media sosial, apabila ramai sebelum ini menyalah tafsir hubungan Balqis dengan dua lelaki terbabit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.