Selepas PU Riz, pelakon Puteri Aishah pula disahkan positif COVID-19. Berita mengejutkan itu disahkan sendiri oleh pengurusnya, Iman Tang menerusi akaun Instagram semalam.
Difahamkan Puteri Aishah baru sahaja pulang dari Scotland selepas menjalani penggambaran drama bersiri bersama Ben Amir dan Hasnul Rahmat.
Pelakon itu bersama beberapa kru penggambaran berangkat ke Scotland pada 15 Mac lalu dan pulang ke tanah air minggu lepas.
Sama-sama kita doakan agar Puteri Aishah tabah menghadapi ujian ini dan semoga kesihatannya pulih seperti sedia kala.