Sementara menunggu gambar-gambar majlis perkahwinan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani yang akan berlangsung malam ini dari Abang Nara, apa kata kita dengarkan lagu dendangan kumpulan Putera yang mantap ini.

Bersama Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli (tengah), semasa Sidang Media Serlahan Seni JKKN, dua malam lepas.
Dianggotai oleh 4 jejaka Amri Zane (bass), Lazarul Afiezy (tenor 1), Ezwan Ezhar (tenor 2) dan Izaaq Rusly (baritone). Putera mula ditubuhkan pada Januari 2010. Mereka adalah graduan dan pelajar jurusan muzik ( persembahan vokal dan kejuruteraan audio) di pusat pengajian tinggi tempatan. Sebelum dikenali sebagai PUTERA, mereka dikenali sebagai De Quattro Voce (4 suara).
PUTERA sangat aktif mengadakan persembahan di sekitar ibu kota. Menamakan Il Divo, Syafinaz Selamat, Josh Groban dan Il Volo sebagai pengaruh mereka, pastinya Putera menjanjikan sesuatu yang lain dari yang lain buat anda, dan pastinya mereka mampu membanggakan anda sebagai rakyat Malaysia. Kami difahamkan, Putera akan muncul dengan single terbaru, “Kerana Doamu” tidak lama lagi. Sekiranya anda sukakan Putera, sila like Fanpage mereka. Kredit gambar, Fanpage Putera.
Pingback: Putera, Jalinan Empat Vokal Mantap Yang Mengasyikkan | HatiBlogger [dot] Com
anafarhana
February 25, 2012 at 12:12 am
Sama la, aku pun sama skola dgn izaaq ni. dok sblh2. sama taman. mmg bestfren la dgn dia. tp skang da sombong sket. life dia pn da lain. ye la mak dia cina. dia pn skang agak liar sket. oopps. adik sheila rusly dia ni. mmg dari skola masuk koir sume.
student bandung
February 24, 2012 at 7:17 pm
izaaq rusly tu kawan aku masa sekolah menengah..a very nice guy..dulu bdn dia besau sikit tp now dh kacak you..haha
izaaq rusly
February 27, 2012 at 2:28 pm
hey hey hey!!! hahaaaa…