Putera Harry Dan Meghan Markle Sambut Kelahiran Anak Lelaki Pertama

Trending

Putera Harry Dan Meghan Markle Sambut Kelahiran Anak Lelaki Pertama

Duchess of Sussex, Meghan Markle selamat melahirkan bayi lelaki pada awal pagi Isnin waktu tempatan.

Lapor BBC memetik Harry berkata, Meghan dan bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan masih memikirkan nama untuk cahaya mata mereka.

Advertisement

 

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Buckingham Palace, bayi tersebut dilahirkan seberat 3.2 kilogram.

Cahaya mata kepada Putera Harry dan isteri, Meghan Markle merupakan keturunan ketujuh dalam susur galur kerabat diraja Britain untuk mewarisi takhta, di belakang Putera Wales, Duke of Cambridge, anak-anaknya – Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis, diikuti oleh Duke of Sussex.

Pasangan tersebut mengumumkan kehamilan anak pertama itu pada 15 Oktober 2018, iaitu hari pertama dalam jelajah diraja di Australia dan New Zealand.

Sesetengah pihak menjangka Meghan telah memilih untuk bersalin di rumah secara peribadi dan tersembunyi daripada perhatian orang ramai di hospital.

Ratu Elizabeth II, iaitu nenek kepada Putera Harry, turut melahirkan kesemua anaknya di rumah manakala Putera William dan isterinya, Kate memilih untuk bersalin di hospital di tengah kota London.

Namun, bayi itu tidak semestinya bakal mendapat gelaran putera atau puteri.

Satu peraturan yang diarahkan oleh Raja George V pada 1917 menghadkan jumlah gelaran diraja yang diberi, lalu mungkin menyebabkan anak Harry dan Meghan itu tidak dikenali sebagai putera atau puteri, dan sebaliknya sebagai ‘Lord’ atau ‘Lady’.

Keputusan itu boleh ditentukan oleh Ratu Elizabeth II, yang mula campur tangan apabila William dan Kate melahirkan anak dan menentukan kesemua anak mereka akan menjadi putera dan puteri.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...