Sejak mengumumkan akan mengundurkan diri dari keluarga diri dari keluarga diraja pada awal tahun ini, pasangan diraja Putera Harry dan Meghan Markle kini menunaikan hasrat mereka untuk hidup berdikari. Pada masa ini, pasangan ini tidak lagi menggunakan gelaran ‘Yang Mulia’ (His Royal Highness dan Her Royal Highness)
Baca: Tidak Perlu Dipanggil Sebagai ‘Yang Mulia’ Lagi, Putera Harry Sedih Terpaksa Lepaskan Gelaran Diraja
Kanada kini mengumumkan akan berhenti membayar untuk kawalan keselamatan pasangan diraja ini apabila mereka meninggalkan kehidupan awam pada bulan depan. Pendedahan dari Menteri Keselamatan negara itu menimbulkan tanda tanya tentang siapakah yang akan menguruskan bil keselamatan pasangan itu dengan anggaran bil tahunan keselamatan bernilai £20 juta.
Putera Harry dan Meghan Markle dijangkakan akan menetap sepenuhnya di Amerika Utara bermula penghujung Mac ini. Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan memberitahu akan bersama-sama berganding bahu dengan British Metropolitan Police dalam membiayai bil keselamatan pasangan itu.
Pada Januari lalu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau juga menyakinkan Ratu Elizabeth bahawa mereka akan memastikan keselamatan pasangan diraja itu selama menetap di negara itu. Tetapi semalam, Menteri Keselamatan Awam berkata Kanada mengambil langkah untuk memberikan keselamatan kerana mereka terpaksa memandangkan kerabat diraja adalah orang yang patut dilindungi di peringkat antarabangsa. Kini, setelah status mereka berubah, mereka terpaksa mengubah rancangan itu.
Royal Canadian Mounted Police (RCMP) telah terlibat dengan para pegawai di United Kingdom sejak awal lagi mengenai pertimbangan keselamatan pasangan itu. Memandangkan pasangan itu tergolong di dalam ‘Internationally Protected Persons’ maka Kanada berasa bertanggungjawab untuk memberikan perlindungan pada mereka.
Namun, bantuan keselamatan itu akan dihentikan beberapa mingu yang akan datang selaras dengan perubahan status pasangan diraja itu. Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada Putera Harry dan Meghan Markle akan membiayai sendiri bil keselamatan mereka atau pembayar cukai di British akan membantu pasangan diraja ini.
Artikel berkaitan: Ratu Elizabeth Adakan Perjumpaan Keluarga Hari Ini Untuk Bincangkan Nasib Putera Harry Dan Meghan Markle