Pada 15 Jun lalu, stesen Radio THR Gegar telah memutarkan azan berbuka awal 5 minit untuk negeri Pantai Timur. Ia menyebabkan ramai umat islam sekitar Pantai Timur terutama Kelantan menyerang laman facebook rasmi THR Gegar.
Selepas membuka laman facebook berkenaan, kami tidak menjumpai post berkenaan. Mungkin pihak THR telah memadam post berkenaan.
Sehingga hari ini, pihak THR Gegar masih tidak mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf atas kesilapan sistem mereka. Mereka hanya memohon maaf melalui komen facebook sahaja.
Disebabkan kesilapan teknikal dari mereka, orang islam yang berbuka awal pada hari tersebut terpaksa menganti puasa mereka.
Status mohon maaf di komen facebook THR Gegar juga telah dipadam tetapi ss komen tersebut sempat diambil oleh netizen.
Kesilapan teknikal azan ini bukan kali pertama terjadi pada stesen radio ini, sebelum ini juga banyak aduan tentang ini diterima cuma kesilapan tersebut bukan pada bulan ramadhan.