Pusing Bulatan Mahkota Beratus Kali, Lelaki Disyaki Mempunyai Masalah Mental Skizofrenia

Berita

Pusing Bulatan Mahkota Beratus Kali, Lelaki Disyaki Mempunyai Masalah Mental Skizofrenia

Pemandu kereta Axia putih yang tular videonya kerana dikatakan membuat pusingan beratus kali di Bulatan Mahkota di sini, disahkan menghidap skizofrenia.

Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki tempatan yang berusia sekitar 50-an itu kini sedang menjalani rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini untuk penyakit tersebut.

Advertisement

Menurutnya, lelaki berkenaan juga masih mendapat rawatan di sebuah klinik dan pernah menjalani rawatan untuk masalah mental di Hospital Permai, Johor Bahru pada tahun 2020 dan 2021.

Pada 8.20 malam Khamis, polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut. Kenderaan itu berjaya dihentikan oleh anggota polis kira-kira 10 minit selepas itu.

Tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan. Siasatan mendapati kereta Axia yang dipandu adalah milik abang lelaki tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Bahrin menambah, keluarga lelaki tersebut dinasihatkan untuk tidak membenarkannya keluar rumah tanpa ditemani ahli keluarga dan untuk tidak membenarkannya memandu kenderaan.

Sebelum ini, pemandu Perodua Axia tersebut dilaporkan memandu di sekitar Bulatan Mahkota, Kluang, berulang kali dari pagi hingga malam.

Video tular berdurasi 57 saat itu menunjukkan kereta tersebut berpusing sambil menyalakan isyarat ‘double signal’ atau lampu kecemasan.

Selain itu, kami kongsikana rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.

KP Pahang
5 hours ago

Barang Kemas 'Lesap', Ada Unsur Jenayah Di Tubuh Peniaga Wanita Yang Maut Ketika COD Makanan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...