Lebih 1,000 pelanggan yang membeli pakej urutan daripada sebuah rangkaian pusat kesihatan dan kecantikan di lima negeri mendakwa mereka telah tertipu selepas kesemua premis berkenaan menghentikan operasi tanpa sebarang pemberitahuan.
Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam Pemuda MCA, Heng Zhi Li memaklumkan bahawa 28 cawangan pusat tersebut di Johor, Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur telah ditutup sepenuhnya sejak 1 Mei lalu.

gambar hiasan
Menurutnya, jumlah kerugian keseluruhan yang dialami pelanggan, yang membeli pakej bernilai antara RM2,400 hingga RM10,000 itu dianggarkan mencecah RM500,000.
Apa yang menyedihkan pengusaha premis tersebut tidak memaklumkan akan menutup operasinya. Sejak bulan lalu, ketika pelanggan tetap menghubungi untuk membuat temu janji, pengusaha memberi alasan tiada slot kosong.
Secara tiba-tiba, pelanggan dimaklumkan bahawa premis itu tidak lagi beroperasi sejak awal bulan dengan alasan aliran tunai tak mencukupi dan tidak ada tenaga pekerja mencukupi.

gambar hiasan
Setakat ini, Heng berkata seramai 54 individu telah tampil membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.
Tambahnya lagi, ramai mangsa tertarik dengan tawaran pakej kerana ia bukan sahaja berharga mampu milik, tetapi juga boleh digunakan di semua cawangan milik syarikat tersebut.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.