Pusat urut refleksologi dan spa kecantikan merupakan antara sub-sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula bermula 1 Julai ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran tersebut turut diberikan untuk Meeting Incentive Convention Exhibition (MICE) dan Travel and Trade Fair (TTF).
“Bagi MICE dan TTF, hanya 250 pengunjung sahaja dibenarkan setiap masa, selain semua pengunjung perlu muat turun aplikasi MySejahtera bagi pendaftaran masuk.”
Kerajaan benar MICE, pameran pengembaraan dan perdagangan, spa, pusat urut kaki beroperasi mulai 1 Julai – @IsmailSabri60 #COVID19 #JagaJarak #KitaTeguhKitaMenang#KomunikasiKita#DisplinDiri#PKPP #spa pic.twitter.com/veYPUatMOL
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 26, 2020
Ismail Sabri menekankan, penganjur juga perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) seperti pendaftaran pengunjung, suhu badan, kawal keluar masuk serta penjarakan sosial sentiasa dipatuhi.
Selain itu, pengusaha juga perlu memohon kebenaran beroperasi daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kakitangan perlu membuat saringan COVID-19 terlebih dahulu.
Premis spa dan urut yang ingin mula operasi perlu dapat kebenaran daripada PBT, pekerja perlu jalani ujian COVID-19 – @IsmailSabri60 #COVID19 #JagaJarak #KitaTeguhKitaMenang#KomunikasiKita#DisplinDiri#PKPP pic.twitter.com/Lr7FxDA0E1
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 26, 2020
“Tukang-tukang urut daripada persatuan orang-orang buta pun kita benarkan, yang penting mesti berdaftar dengan PBT.”
Namun, kebenaran tersebut adalah bagi pekerja warga tempatan sahaja dan bukan untuk pekerja asing.
Menurut Ismail Sabri, kebenaran pembukaan semula sub-sektor pelancongan tersebut adalah bagi menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan domestik seperti yang dimohon oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.