Pusat Sains Negara Makin Uzur, Pengunjung Minta Pihak Atasan Baiki Fasiliti – “Sampai Bila Nak Tadah Air Hujan?”

Kehidupan

Pusat Sains Negara Makin Uzur, Pengunjung Minta Pihak Atasan Baiki Fasiliti – “Sampai Bila Nak Tadah Air Hujan?”

Pusat Sains Negara atau PSN merupakan sebuah taman tema berkonsepkan sains dan teknologi yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia.

Pusat ini telah dibuka secara rasmi oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia keempat pada 29 November 1996.

Advertisement

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengunjung telah mendedahkan bahawa fasiliti pusat tersebut sudah semakin uzur.

Menerusi ciapan di laman Twitter, pengguna tersebut telah meluahkan rasa kecewa apabila melihat pusat yang mempunyai nama gah itu terpaksa menadah air hujan dengan baldi.

Kita nak masuk 2023. Pusat Sains Negara sampai bila nak tadah air bila hujan turun?

Difahamkan, fasiliti bumbung pusat tersebut mengalami kebocoran namun tidak dibaiki sehingga menjejaskan pengunjung sewaktu hujan turun.

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial telah meminta pihak berwajib untuk bertanggungjawab dalam menjaga penyelenggaraan pusat tersebut.

Bukan itu sahaja, warga net turut meluahkan rasa malu terhadap pengunjung dari luar negara yang datang ke fasiliti awam tersebut.

Selepas hantaran tersebut tular, Menteri Sains dan Teknologi iaitu Chang Lih Kang memaklumkan tindakan memperbaiki masalah tersebut sedang dijalankan oleh pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shakilla khoriri zoo engara
1 year ago

"Kesian Parents Dan Anak-Anak" - Nak 'Support' Zoo Negara Tapi Apa Pun Tak Ada, Shakila Khoriri Kecewa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...