Pusat Membeli-Belah Sunway Berikan Pelepasan Sewa Kepada Peniaga Dalam Kategori Bukan Keperluan Utama

Trending

Pusat Membeli-Belah Sunway Berikan Pelepasan Sewa Kepada Peniaga Dalam Kategori Bukan Keperluan Utama

Pusat membeli-belah Sunway bersetuju untuk memberikan tempoh bebas sewa selama 14 hari kepada penyewa bukan keperluan utama yang terlibat setelah mengambil kira kesan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sunway menimbang perkara itu berikutan pengumuman Perdana Menteri mengenai PKP yang berkuatkuasa dari 18 hingga 31 Mac (kini diperluaskan hingga 14 April). Bagaimanapun perintah itu akan memberi impak kepada para peruncit dalam kategori bukan keperluan utama dalam isu keuntungan jual beli yang diperoleh kerana penggantungan wajib pada operasi perniagaan.

Advertisement

Sunway menyokong keputusan kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan sebagai keutamaan negara untuk mengekang peningkatan jangkitan Covid-19 dan melindungi keselamatan komuniti. Kumpulan Sunway juga percaya bahawa kemampanan jangka panjang di antara rakan perniagaannya adalah juga faktor penting.

Sunway

Bekalan dan perkhidmatan penting seperti pasar raya, farmasi, kedai serbaneka dan sektor F&B (penghantaran dan bungkus) tetap dibuka dan berjalan seperti biasa untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia.

Manakala fesyen, perabot, rumah, hiburan, cuti rekreasi dan lain lain termasuk dalam perniagaan bukan keperluan utama untuk masa sekarang. Perniagaan ini bakal menghadapi impak yang besar terhadap pendapatan dan aliran tunai.

Sunway Velocity Pusat membeli-belah Sunway Malls (Sunway Pyramid, Sunway Velocity, Sunway Carnival, Sunway Putra, Sunway Big Box Retail Park, Sunway Giza dan Sunway Citrine), di mana Sunway Pyramid, Sunway Carnival dan Sunway Putra berada di bawah REIT (Amanah Pelaburan Hartanah) telah memberikan RM20 juta percuma kepada peruncit perdagangan bukan keperluan utama untuk tempoh lanjutan PKP selama 14 hari.

Kumpulan Sunway akan mengambil langkah-langkah untuk memudahkan kawalan kredit untuk peruncit yang terlibat. Oleh kerana wabak ini adalah wabak yang berskala besar dan tidak pernah berlaku sebelum ini, maka setiap orang terkesan dengan impak wabak ini. Kumpulan Sunway akan memantau perkara ini dengan teliti dari semasa ke semasa dan mengkaji semula perkembangan semasa.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...