Pusat Membeli Belah Di Sabah Lakukan Kerja Pembersihan Selepas Kes Barang Kulit Berkulat

Trending

Pusat Membeli Belah Di Sabah Lakukan Kerja Pembersihan Selepas Kes Barang Kulit Berkulat

Selepas dua bulan tidak beroperasi, kebanyakan premis perniagaan mengalami masalah barangan yang rosak akibat ditinggalkan terlalu lama. Antaranya masalah berkulat yang berlaku pada barangan berkulit di sebuah pusat membeli belah di Sabah. Semua barang kulit yang ditinggalkan didapati berkulat di hampir semua permukaan.

Baca: Produk Barang Kulit Menjadi Berkulat Ditinggalkan Terlalu Lama Di Kedai

Advertisement

Susulan masalah ini, Metrojaya Sabah kini giat melakukan kerja-kerja pembersihan semua produk yang terkesan. Malah, mereka juga turut dilihat membuang produk yang berada dalam keadaan sangat teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi. Berita kerja-kerja pembersihan itu dikongsikan menerusi Facebook rasmi mereka.

Semua pekerja dilihat memakai pakaian perlindungan keselamatan ketika melakukan kerja-kerja pembersihan. Beberapa video turut dimuatnaik menunjukkan kerja-kerja pembersihan dilakukan di kawasan yang terjejas. Para pekerja juga menyediakan plastik sampah untuk membuang produk yang tidak lagi boleh dijual.

Pihak butik Santa Barbara Polo & Racquet Club turut memuatnaik kenyataan mengenai produk mereka yang terjejas di pusat membeli belah tersebut. Mereka memaklumkan semua produk mereka yang sudah ditumbuh kulat akan segera dibuang untuk memastikan keselamatan pengguna.

metrojaya sabah

Selain daripada barangan kulit di pusat membeli belah ini, beberapa tempat di Malaysia turut mengalami masalah yang sama sebaik sahaja pembukaan semula. Gambar panggung wayang yang turut dinaiki kulat pada kerusi dan lantai tular di media sosial.

Gambar panggung wayang yang tersebar di media sosial itu mendapat perhatian ramai namun lokasi sebenar tidak didedahkan. Keadaan ini dikatakan berlaku kerana udara lembab di dalam panggung wayang akibat penutupan penghawa dingin dalam tempoh dua bulan.

Artikel berkaitan: Hampir Dua Bulan Panggung Wayang Tidak Beroperasi, Kerusi Dan Lantai Turut Ditumbuhi Kulat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...