Selepas dua bulan tidak beroperasi, kebanyakan premis perniagaan mengalami masalah barangan yang rosak akibat ditinggalkan terlalu lama. Antaranya masalah berkulat yang berlaku pada barangan berkulit di sebuah pusat membeli belah di Sabah. Semua barang kulit yang ditinggalkan didapati berkulat di hampir semua permukaan.
Baca: Produk Barang Kulit Menjadi Berkulat Ditinggalkan Terlalu Lama Di Kedai
Susulan masalah ini, Metrojaya Sabah kini giat melakukan kerja-kerja pembersihan semua produk yang terkesan. Malah, mereka juga turut dilihat membuang produk yang berada dalam keadaan sangat teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi. Berita kerja-kerja pembersihan itu dikongsikan menerusi Facebook rasmi mereka.
Pihak butik Santa Barbara Polo & Racquet Club turut memuatnaik kenyataan mengenai produk mereka yang terjejas di pusat membeli belah tersebut. Mereka memaklumkan semua produk mereka yang sudah ditumbuh kulat akan segera dibuang untuk memastikan keselamatan pengguna.
Selain daripada barangan kulit di pusat membeli belah ini, beberapa tempat di Malaysia turut mengalami masalah yang sama sebaik sahaja pembukaan semula. Gambar panggung wayang yang turut dinaiki kulat pada kerusi dan lantai tular di media sosial.
Gambar panggung wayang yang tersebar di media sosial itu mendapat perhatian ramai namun lokasi sebenar tidak didedahkan. Keadaan ini dikatakan berlaku kerana udara lembab di dalam panggung wayang akibat penutupan penghawa dingin dalam tempoh dua bulan.
Artikel berkaitan: Hampir Dua Bulan Panggung Wayang Tidak Beroperasi, Kerusi Dan Lantai Turut Ditumbuhi Kulat