Pusat Kuarantin Dan Rawatan COVID-19 MAEPS Dikawal Rapi

COVID-19

Pusat Kuarantin Dan Rawatan COVID-19 MAEPS Dikawal Rapi

Dalam memperketatkan kawalan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS),Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memasang pagar kawat duri bagi mengelakkan pendatang tanpa izin yang ditempatkan di situ melarikan diri.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata seramai 74 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan IPD Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah ditugaskan untuk mengawal selia pusat kuarantin berkenaan.

Advertisement

“Ia adalah bagi memastikan pendatang tanpa izin ini agar tidak melarikan diri daripada saringan COVID-19 dan kawalan berkenaan turut dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).”

Setakat ini, belum ada cubaan untuk melarikan diri dan mereka dijaga dengan baik di dalam pusat kuarantin oleh jururawat dan anggota Imigresen.

Noor Azam berkata sukar bagi pihak polis mengesan pendatang tanpa izin yang positif COVID-19 ini semula sekiranya mereka berjaya meloloskan diri dari pusat kuarantin.

Dalam pada itu, beliau berkata pendatang tanpa izin di pusat tahanan lain yang didapati positif, dibawa ke pusat kuarantin di MAEPS untuk tindakan selanjutnya.

Sejak 23 April lalu, pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 di MAEPS, Serdang mula menerima pesakit kategori tidak bergejala dari sekitar Lembah Klang sebelum digunakan untuk merawat pendatang tanpa izin.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...