Pusat Karaoke Hiburan Diserbu Polis, Enam Individu Ditahan

Trending

Pusat Karaoke Hiburan Diserbu Polis, Enam Individu Ditahan

Seperti yang kita tahu, operasi kelab malam, pub dan pusat karaoke hiburan tidak pernah dibenarkan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac tahun lalu. Ramai orang yang salah faham terhadap kebenaran beroperasi bagi sektor tersebut selama ini.

Ketiga-tiga perniagaan tersebut tidak pernah diberi kebenaran dan masih kekal berada dalam senarai premis yang dilarang beroperasi. Pihak kerajaan tidak berkompromi dalam soal pembukaan kelab malam, pub dan pusat karaoke hiburan kerana ia masih dalam senarai terlarang.

Advertisement

4 bulan lalu

Pegawai Polis Termasuk Ketua Balai Ditahan, Disyaki Anjur Pesta Liar Di Balai Polis

Statistik serbuan dan tangkapan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pusat hiburan termasuk pub dan kelab malam dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Januari lalu merekodkan 951 premis pusat hiburan diserbu, 9,587 kompaun dikeluarkan dan 4,666 tangkapan dilakukan.

Cubaan seorang lelaki menjalankan operasi hiburan karaoke mengundang padah apabila premisnya di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, diserbu pihak polis pada Sabtu lepas.

Menurut sumber daripada Harian Metro, serbuan pihak polis tersebut dilakukan pada pukul 4 petang di sebuah premis dua tingkat dan hasil serbuan telah berjaya menahan enam pelanggan yang sedang berhibur.

Memetik kata-kata daripda Ketua Polis Daerah Kota Bharu iaitu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, lelaki berusia 37 tahun itu mengaku baru beberapa bulan membuka perniagaan itu tetapi tidak dapat beroperasi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambah beliau lagi, enam pelanggan berusia antara 33 hingga 55 tahun termasuk dua wanita sedang berhibur dalam premis tersebut ketika serbuan pihak polis dilakukan.

“Pemilik premis didapati menjalankan perniagaan tersebut tanpa lesen dengan bayaran RM50 satu jam dan lelaki itu mengaku menyewa premis terbabit pada kadar RM1,000 sebulan,” kata Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud

Beliau berkata lagi, beberapa peralatan dirampas ketika serbuan dilakukan antaranya dua unit speaker, amplifier, projektor dan mesin pemain karaoke.

Pusat karaoke diserbu pihak polis

Gambar premis karaoke hiburan tersebut – Sumber Harian Metro

Pemilik premis karaoke hiburan tersebut ditahan untuk siasatan lanjut manakala enam pelanggan dikenakan tindakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan 1998 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda jika disabit kesalahan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...